eRumah Johor: Permohonan Perumahan Johor Mampu Milik

Johor adalah sebuah negeri yang terletak di Selatan Semenanjung Malaysia. Ianya menjadi antara tempat pilihan bagi kebanyakkan orang memilik rumah sendiri. Hal ini disebabkan Johor mempunyai perkembangan industri yang cukup pesat membangun yang mana menyebabkan pelbagai projek perumahan dibina di Johor.

Disebalik kepesatan pembinaan perumahan di negeri Johor, kerajaan Johor tampil dengan inisiatif untuk membantu rakyatnya untuk memiliki rumah sendiri yang mampu milik.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Sistem eRumah diperkenalkan untuk rakyat Johor membuat permohonan projek perumahan yang mampu biaya.

Apa itu eRumah Johor?

eRumah Johor adalah laman web yang dibangunkan oleh kerajaan Johor untuk membantu rakyat memilik rumah yang mampu biaya. Objektif erumah Johor adalah membantu pemilikan hartanah mampu milik yang mana bertepatan dengan keperluan golongan sasar. Ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar perumahan Rakyat. Selain itu, ianya bertujuan untuk menjamin peluang pemilikan hartanah oleh Bumiputera.

Syarat permohonan eRumah Johor

Syarat kelayakan untuk memohona erumah Johor adalah;

  • Berkahwin / bujan layak memohon
  • Warganegara Malaysia dan telah menetap di negeri Johor selama 10 tahun
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Satu permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap individu.
  • Tempoh sah pendaftaran adalah 2 tahun dari tarikh permohonan.

Syarat lebih terperinci boleh dilihat pada gambar di bawah ini.

eRumah Johor: Permohonan Perumahan Johor Mampu Milik 2


Jenis rumah dalam sistem eRumah

Terdapat 5 jenis rumah/ kediaman yang boleh dipohon di bawah sistem erumah Johor. Ianya adalah;

  • Rumah mampu biaya A
  • RUmah Mampu biaya B
  • Rumah mampu biaya C
  • Rumah mampu biaya D
  • Kedai kos Sederhana

harga rumah dan had maksimum pendapatan dibenarkan adalah berbeza.

Rumah mampu biaya A

  • harga rumah : RM42,000
  • had maksimum pendapatan : RM4,000

Rumah mampu biaya B

  • harga rumah : RM80,000
  • Had maksimum pendapatan: RM6,000

Rumah mampu biaya C

  • harga rumah : RM150,000
  • had maksimum pendapatan: RM8,000

Rumah mampu biaya D

  • harga rumah RM250k – RM300K
  • had maksimum pendapatan : RM10K

kedai kos sederhana

  • harga kedai : RM200K
  • had maksimum pendapatan: RM13K

Cara Permohonan

Ini adalah cara untuk anda membuat permohonan erumah Johor;

  1. daftar akaun baru dalam sistem erumah pada pautan https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmDaftarAkaun.htm
  2. Selesai mendaftar, login ke dalam sistem SUKJ dan kemaskini akaun serta maklumat peribadi anda.
  3. Pilih projek perumahan mengikut syarat kelayakan anda dan projek yang tersedia.

3 jenis kategori permohonan dan langkah seterusnya jika berjaya :

Rumah mampu milik Johor – Pemohon perlu menyerahkan dokumen di kaunter Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor

PPR – Pemohon berjaya akan dipanggil untuk ditemuduga.

Lot bumiputera – Pemohon akan dihubungi untuk langkah seterusnya.

artikel lain:

Siapa yang layak memohon perumahan rakyat Johor

terbuka kepada rakyat Johor yang telah menetap lebih 5 tahun dan berumur 18 tahun ke atas.

Dimanakah saya perlu menghantar semua dokumen yang diperlukan?

Dokumen sokongan dan akaun sumpah perlu dihantar ke SUKJ Bahagian Perumahan Iskandar Puteri sahaja. Ianya perlu dicop di mana-mana pesuruhjaya sumpah yang betauliah.

Bolehkah pemohon dari negeri lain membuat permohonan?

Boleh. Pemohon mestilah telah menetap lebih 5 tahun di Johor.