Filem Gerak Khas merupakan satu siri cerita polis yang popular sejak 90-an. Saya yakin ramai yang ingin menjadi sebahagian daripada pasukan ini selepas melihat aksi-aksi tangkas dan berani seperti yang telah ditampilkan oleh barisan artis popular tanahair.
Berita gembira bagi yang bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM telah membuka untuk permohonan bagi Konstabel Polis YA1(Non-bumi) Lelaki dan Perempuan bagi mereka yang berminat.
Syarat-syarat Permohonan PDRM
Sila pastiakn anda melepasi syarat-syarat ini sebelum membuat permohonan :
- Pemohon seorang Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara atas talian.
- Kelayakan akademik :
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau
- Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta lSijil Kemahiran Tahap 2 atau
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kelayakan Fizikal :
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm(lelaki) dan 157 sm (wanita).
- Berat bdan sekurang-kurangnya 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg.
- Mempunyai BMI antara julat 19 hingga 26.
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm(lelaki sahaja).
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan.
- Pengecaman warnadan pendengaran yang tidak cacat,dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)
Untuk bacaan lengkap,sila baca disini :https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/SCHEME_VIEWER.aspx?id=3
Diskripsi tugas Konstabel Polis YA1 (Non Bumi)
Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah,Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.
Diantara tugas-tudgas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah,menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan,rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat,laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram dalam kalangan rakyat dan negara.
Cara Membuat Pemohonan PDRM
Permohonan boleh dibuat secara atas talian. Pengguna perlu mendaftar pendaftaran baru sekiranya belum mendaftar.
https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/login.aspx
Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan internet explorer bagi paparan sempurna.
Selamat Memohon!
Baca lagi : https://portalsemakan.com/gkp-3-0/