Penerima STR Perlu Membuat Kemaskini Maklumat Sekarang

Posted on

update str

Bantuan

Pemohon STR Fasa 1 yang telah menerima bantuan tersebut mungkin berada dalam keraguan sama ada mereka perlu mengemas kini permohonan mereka untuk fasa seterusnya atau tidak. Berikut adalah beberapa soalan yang biasa diajukan berkaitan dengan kemas kini permohonan STR.

berbaris untuk mengeluarkan duit str
Penerima STR Perlu Membuat Kemaskini Maklumat Sekarang 2

Soalan 1: Saya adalah penerima STR Fasa 1. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

Jawapan: Jika permohonan anda wujud di portal STR, anda perlu mengemas kini permohonan sekiranya permohonan anda tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk mengelakkan permohonan tidak dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, jika tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu mengemas kini permohonan.

Soalan 2: Sekiranya saya tidak mengemas kini permohonan STR sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak menerima STR?

Jawapan: Sekiranya anda tidak mengemas kini permohonan, permohonan anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Soalan 3: Saya telah menerima pembayaran STR Fasa 1 dengan status ibu / bapa tunggal dan mempunyai seorang anak. Adakah saya perlu untuk kemas kini maklumat anak berkenaan dan kemukakan dokumen sokongan?

Jawapan: Jika permohonan anda wujud di portal STR dan tiada perubahan maklumat anak yang didaftarkan, anda tidak perlu mengemas kini permohonan. Ini kerana pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui sistem. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang lain, kemas kini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu dibuat.

Soalan 4: Semasa permohonan BKM 2022 sebelum ini, saya telah kemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah saya perlu kemukakan semula semasa permohonan STR?

Jawapan: Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR dan tiada perubahan maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semasa pengemaskinian permohonan STR.

Soalan 5: Saya berumur 65 tahun dan berstatus kahwin. Adakah saya perlu kemukakan sijil nikah bagi pengesahan status perkahwinan?

Jawapan: Bagi pemohon STR yang berumur 60 tahun dan ke atas (warga emas), sebarang dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semasa permohonan STR.

Sekiranya anda masih bimbang, sila rujuk ke portal STR untuk maklumat lanjut atau hubungi pusat panggilan STR di 1800-88-2747 untuk bantuan.

Tags:

borang kemaskini permohonan str / kemaskini str fasa 2 / lhdn kemaskini str / siapa perlu update str / str fasa 2 update

bantuan terkini