Login STR MySTR ( bantuantunai.hasil.gov.my)

Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 bermula pembayaran pada 5 April 2023 secara berperingkat. Bayaran dibuat dengan pemindahan terus ke dalam bank akaun yang didaftarkan di dalam sistem STR (MySTR).

Bagi yang tidak mempunyai akaun, proses menunaikan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank simpanan nasional (BSN) berhampiran anda. Hadir ke sana dan bawa bersama kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Semakan status melalui MySTR

Untuk makluman, maklumat online login (log masuk) adalah berdasarkan maklumat daripada MyBKM sebelum ini. Berikut cara semakan status melalui MySTR:

  1. layari MySTR pada pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor kad pengenalan , klik semak.
  3. Teruskan dengan memasukkan kata laluan dan klik log masuk.
  4. Terdapat 3 menu tertera iaitu Semakan, Kemaskini, dan Maklum.
  5. Klik bahagian semakan untuk melihat status bayaran.
  6. Ikuti saluran ini untuk info mengenai STR
semakan str
semakan str

Status pemohon serta maklumat pembayaran akan dipaparkan selepas anda klik butang semakan.

Kaedah bayaran

Pembayaran adalah dengan pemindahan terus ke dalam akaun anda. Namun, jika akaun yang anda daftarkan tidak aktif/ tutup lihat status pengkreditan pada MYSTR. Jika ianya menunjukkan gagal kredit, maka barulah anda boleh hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan untuk membuat tuntutan bayaran.

Bagi penerima yang uzur/ sakit/ kurang upaya, waris boleh menjadi wakil untuk membuat penunaian. Mereka yang boleh menjadi waris adalah;

  • Pasangan
  • Ibu bapa
  • Anak
  • Adik beradik
  • Cucu
BACA JUGA:  Senarai Bantuan Akan diterima Rakyat Malaysia Bulan September 2022

Terlupa kata laluan

Jika anda terlupa kata laluan serta tidak berjaya menjawab semua soalan keselamatan yang diberikan, ID MYSTR anda akan dikenakan sekatan dan anda cuma boleh mencuba kembali login selepas tempoh 24 jam cubaan sebelum ini. Anda boleh juga hubungi Hotline BKK LHDNM pada nombor 1800 88 2747

Info peringatan dari LHDNM

Tiada perkhidmatan semakan kelayakan STR secara bergerak yang disediakan oleh pihak LHDNM dari rumah ke rumah. Selain itu, LHDNM tidak mengenakan sebarang caj/ bayaran bagi perkhidmatan semakan fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah. Kepada semua rakyat Malaysia adalah diminta supaya berhati-hati dengan penipuan dan scam yang makin aktif di intener ini. Sebarang info yang sahih hanya boleh diperolehi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bilakah pembayaran STR fasa 2?

Pada 5 April 2023.

Berapakah jumlah akan diterima golongan isi rumah?

RM200.

Berapakah akan diterima oleh kategori bujang?

RM100.