Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan tarikh pembayaran pencen bulanan bagi pesara kerajaan.
Kini terdapat lebih 700,000 pesara kerajaan di seluruh Malaysia yang menerima bayaran minimun RM1000 seorang.
Ini adalah tarikh rasmi yang diumumkan. Pada tarikh-tarikh yang dinyatakan ini, pesara kerajaan akan menerima pembayaran pencen bulanan mereka.
Baca: Jadual Pembayaran Gaji 2023
Jadual Pembayaran Pencen 2023
Anda boleh merujuk jadual yang tertera di bawah ini.
Bagi pesara kerajaan yang ingin membuat semakan penyata pencen sendiri, bolehlah layari pautan https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran . Anda boleh membuat semakan penyata setiap tahun melalui aplikasi berkenaan.
Maklumat yang diperlukan untuk membuat semakan penyata pencen adalah nombor kad pengenalan dan nombor akaun pencen.
Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info lain mengenai pesara kerajaan.
Siapakah pesara kerajaan?
Pesara kerajaan adalah istilah yang digunakan untuk memanggil penjawat awam yang telah memasuki umur pencen. Setelah mereka telah mencapai usia pencen dan memenuhi syarat-syarat lain yang telah ditetapkan kerajaan, pesara kerajaan ini layak menerika beberapa kelebihan yang disediakan kerajaan seperti elaun, insurans kesihatan dan yang lain-lain.
Antara kelebihan setelah berpencen adalah;
- Pesara kerajaan masih memiliki sumber pendapatan yang stabil walaupun tidak lagi berkhidmata.
- Mendapat insurans kesihatan yang disediakan oleh kerajaan.
- Setelah pencen, pesara kerajaan mempunyai lebih banyak masa bersama dengan keluarga dan dapat menikmati hidup dengan tenang tanpa bebanan kerja.