MUET 2023: Pendaftaran, Semakan Slip dan keputusan Peperiksaaan

Malaysian University English Test (MUET) adalah satu ujian Bahasa Inggeris bagi tujuan kemasukan ke Universiti. Mereka yang masuk ke Universiti perlulah mengambil ujian ini dan melepasi syarat kemasukan universiti tertentu yang dipilih.

Ujian MUET dijalankan setiap tahun mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh MPM. MUET ataupun dikenali sebagai MUET On Demand kini boleh anda mohon mengikut tarikh pendaftaran.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Jenis Peperiksaan MUET

Terdapat dua jenis peperiksaan MUET iaitu secara bertulis dan juga melalui komputer yang dipanggil sebagai Computer Based Test (CBT). CBT dibuat melalui medium komputer (ujian berkomputer) , manakala Paper Based Test melalui bertulis.

MUET 2023: Pendaftaran, Semakan Slip dan keputusan Peperiksaaan 2

Cara Pendaftaran MUET 2023 On Demand

  1. Pendaftaran /permohonan dibuat secara online dengan mengisi borang pendaftaran di http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register .
  2. Anda akan diminta untuk memilih jenis ujian yang ingin diambil.
  3. Pilih sama ada CBT ataupun Paper Based Test.
  4. Selepas memilih, klik dan isi borang pendaftaran.

Terdapat dua jenis calon iaitu persendirian dan juga melalui sekolah/institusi. Calon persendirian sahaja perlu mendaftar secara online. Manakala calon melalui sekolah/institusi daftar melalui sekolah/institusi masing-masing.

Cara Semakan Slip Pendaftaran MUET

Sekiranya anda telah mendaftar dan ingin membuat semakan slip pendaftaran MUET. ikuti langkah berikut:

  1. Layari: http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  3. Klik semak.
MUET 2023: Pendaftaran, Semakan Slip dan keputusan Peperiksaaan 4

Cara Semakan Keputusan MUET Result

Keputusan MUET bagi 2 tahun ke belakang boleh disemak melalui pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/muetresults/ Pilih tahun dan sesi bilakah anda menduduki ujian MUET tersebut.

Bila Tarikh terkini Pendaftaran MUET 2023

Pendaftaran MUET 2023 mula dibuka pada 10 Disember 2023 sehingga 10 januari 2023. Pendaftaran ini bagi ujian written dan speaking seperti berikut:

  • Written – 1 April 2023
  • Speaking – 13,14,15,16,20,21 Mac 2023

Slip pendaftaran MUET boleh mula dicetak pada 31 januari 2023.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai MUET, anda boleh email ke mpm muet di [email protected]

Bilakah pendaftaran MUET bagi tahun 2023.

Pendaftaran mula dibuka pada 10 Disember hingga 23 Januari 2023.

Bagaimana cara daftar online MUET?

Melalui laman rasmi MUET muet.mpm.edu.my .