Antara perkara yang ditunggu-tunggu yang menjadi bualan mulut rakyat sekarang ini adalah mengenai KWSP bersasar.
Banyak pihak yang memperjuankan agar pengeluaran KWSP secara bersasar diluluskan oleh kerajaan. Namun, masih tiada kata putus yang diberikan sama ada oleh kerajaan ataupun pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sendiri.
Namun, baru-baru ini,Asyraf Wajdi Dusuki berjumpa dengan Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul untuk bertanya mengenai beberapa perkara antaranya adalah berkenaan KWSP bersasar.
Jawapan Menteri Kewangan Mengenai KWSP Bersasar
1. KWSP bersasar untuk golongan yang amat terkesan dengan masalah kewangan meruncing akibat kesan inflasi dan krisis ekonomi yang belum pulih sepenuhnya pasca Pandemik. Saya turut berkongsi dapatan daripada aduan lebih 226,996 pencarum yang buat aduan rasmi kepada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat.
Ulasan Menteri: Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan telah memperhalusi mengenainya terutama mengambil kira isu-isu berbangkit setelah memenuhi permintaan pengeluaran KWSP kali terakhir yang terdahulu. Bagi beliau kerajaan punya tanggungjawab untuk bantu golongan yang terkesan teruk bukannya membiarkan mereka berterusan mengeluarkan lagi duit simpanan hari tua mereka.
Semoga ada sinar buat semua pencarum KWSP. Untuk pengetahuan, pembentangan Bajet 2023 akan dijadualkan dibuat pada 7 Oktober 2022 ini. Semoga perkara mengenai pengeluaran KWSP ini dibangkitkan semasa pembentangan tersebut.