Tidak lama lagi Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) akan tiba. Semua orang digalakkan untuk turun mengundi pada tarikh 19 November 2022 bersamaan hari ahad.
Namun, ada golongan yang tidak dapat keluar mengundi pada tarikh berikut. Inisiatif yang diberikan oleh pihak SPR adalah dengan membuat undi pos.
Jenis kategori Undi Pos
Kategori mengundi pos dibahagikan kepada 3;
- Kategori 1A ( Dalam Negara)
- Kategori 1B (Luar negara)
- Kategori 1C (Agensi/Organisasi).
Cara Permohonan Kategori 1A
Kategori 1 A terdiri daripada:
- Ahli / Pegawai SPR;
- Petugas Pilihan Raya;
- Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya;
- Anggota Tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal; dan
- Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal.
Cara Mohon:
- Muat turun Borang 1A dari laman web SPR:
apabila tarikh permohonan dibuka dan
lengkapkan borang tersebut. - Petugas Pilihan Raya juga boleh mendapatkan Borang
1A daripada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya
tempat mereka bertugas. - Dapatkan perakuan daripada Ketua Jabatan/majikan.Pastikan Ketua Jabatan/majikan menurunkan tandatangan dan cop rasmi di Bahagian C Borang 1A.
- Hantar borang permohonan yang telah diperaku kepada Pegawai Pengurus di tempat pemohon mengundi. Alamat Pejabat Pegawai Pengurus boleh didapati di sini.
- Pemohon akan dimaklumkan mengenai status
permohonan undi pos melalui e-mel/panggilan
telefon selepas permohonan diproses.
Cara Permohonan Kategori 1B
Cara Mohon:
- Mohon secara online dengan daftar di https://myspr.spr.gov.my/login
- Login dan mohn undi pos melalui MySPR.
Cara Permohonan Kategori 1C
Cara mohon:
- Mohon secara online dengan daftar di https://myspr.spr.gov.my/login
- Login dan mohn undi pos melalui MySPR.
Tarikh tutup undi pos: 23 Oktober 2022.