Cara Solat Sunat Gerhana Bulan (Panduan Mudah Mengerjakannya)

Solat kusufain ialah solat dua gerhana, iaitu solat kerana gerhana bulan atau gerhana matahari iaitu;

  1. gerhana bulan kita lakukan solat Khusuf
  2. Gerhana matahari kita lakukan solat Kusuf.

Hukum Solat Gerhana Bulan

Hukum melaksanakan solat gerhana bulan ini adalah sunat muakkad.

Waktu Solat Gerhana Bulan

Waktu melakukan solat gerhana bulan masalanya mulai dari terjadi gerhana itu sampai terbit kembali, atau sampai bulan kelihatan sempurna.

Cara Mengerjakannya

Cara pertama

Ianya dilakukan sebagaimana solat biasa, boleh dilakukan sendiri-sendiri, tetapi lebih utama dilakukan berjemaah.

Cara kedua

  1. Solat dua rakaat dengan empat kali rukuk dan empat kali sujud yakni pada rakaat pertama sesudah rukuk dan iktidal (berdiri lepas rukuk) membaca kembali surah al-fatihah, kemudian rukuk sekali lagi dan iktidal lagi. Kemudian terus sujud sebagamana biasa.
  2. Pada rakaat kedua juga dilakukan sebagaimana rakaat pertama . Dengan demikian solat gerhana itu semuanya ada 4 rukuk , 4 al fatihah dan 4 sujud.
  3. Bacaan al-fatihah dan surah pada solat gerhana bulan dinyaringkan (dibaca kedengaran).

Lafaz Niat Solat Gerhana Bulan

Cara Solat Sunat Gerhana Bulan (Panduan Mudah Mengerjakannya) 2
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan (Panduan Mudah Mengerjakannya) 4

“Usollu sunnatal khusufi raka’ taini ma’muman lillah hitaala

Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda untuk beribadah kepada Allah dengan mengerjakan solat sunat khusuf (gerhana bulan).