Kemasukan Kolej Matrikulasi Fasa 2 : Permohonan Kini Dibuka

Posted on

Isu Semasa

Kemasukan Kolej Matrikulasi Fasa 2. Bagi pelajar lepasan SPM yang telah terlepas peluang untuk masuk ke Kolej Matrikulasi bagi fasa yang pertama, pada 15 Mac hingga 15 Aprill 2022 yang lepas, kini anda berpeluang semula bagi kemasukan fasa yang kedua dengan hanya membuat permohonan tersebut.

Bagi mereka yang berminat ke Kolej Matrikulasi boleh ikuti perkongsian permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi yang disediakan dibawah .

Tempoh Permohonan Kemasukan Fasa 2

Kepada pelajar lepasan SPM yang berminat dan ingin memohon Kemasukan ke Kolej Matrikulasi tersebut bagi fasa yang ke 2, anda boleh membuat permohonan ini mulai 1 Jun hingga 20 Jun 2022.

Objektif Matrikulasi

  • Membangunkan modal insan selaras dengan FAlsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan prefesional.
  • Menjana lepasan Program Matrikulasi KPM yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.

Kelebihan Matrikulasi

Antara kelebihan mengikuti program Matrikulasi KPM adalah :

  • Memperoleh elaun daripada Kerajaan.
  • Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti.
  • Tempoh pembelajaran yang singkat.
  • Memperoleh penerpaan soft skill.

Jurusan Pendidikan

Terdapat 4 jurusan pendidikan yang ditawarkan oleh pihak Matrikulasi KPM iaitu :

  1. Jurusan Perakaunan Professional
  2. Jurusan Kejuruteraan
  3. Jurusan Sains
  4. Jurusan Perakaunan
Kemasukan Kolej Matrikulasi Fasa 2
Kemasukan Kolej Matrikulasi Fasa 2 : Permohonan Kini Dibuka 3

Syarat Permohonan

Antara syarat yang ditetapkan untuk permohonan ke Kemasukan Kolej Matrikulasi Fasa 2 ini adalah :

  • Tidak melebihi 20 tahun semasa memohon.
  • Warganegara Malaysia.
  • Calon SPM tahun semasa.

Cara Mohon Kemasukan Kolej Matrikulasi Fasa 2

Permohonan adalah Percuma bagi mereka yang ingin membuat permohonan, Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang ini = https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm

Panduan Permohonan (Pengisian Borang)

Bagi mereka yang berminat untuk memohon ke Program Kemasukan Kolej Matrikulasi Fasa 2 , anda haruslah mengisi dahulu borang permohonan secara dalam talian (online).

Dibawah adalah perkongsian video bagi panduan mengisi borang secara dalam talian :

Tarikh Penting

  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima : 16 Julai 2022
  • Keputusan Rayuan : 29 Julai 2022
  • Rayuan Pertukaran : 16-18 Julai 2022
  • Ujian aptitud dan temu duga bagi JPPro akan dilaksanakan pada : 28 Jun 2022
Kemasukan Kolej Matrikulasi Fasa 2
Kemasukan Kolej Matrikulasi Fasa 2 : Permohonan Kini Dibuka 4

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Kemasukan Kolej Matrikulasi Fasa 2, anda boleh hubungi 03-8884 4083/4042

Atau –

Emel : [email protected]

Telegram Channel : https://t.me/JomMasukMatriks

Soalan Lazim

Bilakah tempoh permohonan bagi kemasukan Matrikulasi Fasa 2 ?

1 Jun hingga 20 Jun 2022

Sekiranya pelajar berumur 21 tahun, bolehkah pelajar tersebut memohon untuk program kemasukan Matrikulasi fasa 2 ini ?

Tidak. Syarat umur pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun semasa memohon.

Tags:

bantuan terkini