Mencari pekerjaan di zaman ini bukanlah mudah. Pencarian kerja kosong dan jawatan kosong ibarat pencarian yang tak berkesudahan.
Namun, jangan bimbang kerana di sini kami senaraikan cara untuk anda mencari jawatan kosong yang sesuai untuk anda.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Kerajaan telah memperuntukkan bajet yang tinggi di dalam pengambilan penjawat awam melalui satu sistem yang sistematik. Sistem tersebut dikenali sebagai SPA9.
Melalui SPA9 anda boleh melihat senarai jawatan kosong yang tersedia dan bertepatan dengan kelayakan anda.
Aliran Pengambilan Kerja SPA9 jawatan Kosong
Setiap pengambilan pekerja, ianya akan dimulai dengan pengiklanan jawatan kosong.
Iklan jawatan kosong โ Pemohon mengisi borang โ Panggilan menduduki ujian online/psikometrik โ Dipanggil menduduki temuduga โ Diserap bekerja
Itulah secara ringkas bagagimana pengambilan kerja dilakukan melalui SPA9.
Permohonan Jawatan Kosong SPA9 2021
Untuk membuat permohonan, sila lihat dahulu iklan jawatan kosong yang ditawarkan pada pautan ini.
Pihak SPA9 akan mengemaskini setiap hari jika terdapat kerja kosong / jawatan kosong yang tersedia.
Kemudian, anda bolehlah mula membuat permohonan dengan mendaftar SPA9.
Lihat di sini cara membuat pendaftaran dan permohonan SPA9.
Apakah sebab saya tidak dipanggil temuduga?
Antara sebabnya.
1.Tiada pengambilan jawatan yang anda pohon.
2. Permohonan dalam sistem ltelah tamat tempoh.
3.Pemohon tidak menepati syarat.
Adakah temuduga secara walk in dibenarkan?
Tidak.