Login SPA8i : Permohonan dan Kemaskini SPA8

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah badan bertugas untuk membuat pengambilan pekerja dalam sektor awam di Malaysia.Kami kongsikan cara login SPA8i pada artikel ini.

SPA telah mewujudkan portal khas bagi tujuan ini iaitu portal SPA8. SPA8 adalah portal khas untuk mengisi jawatan kosong dalam pelbagai bidang dalam sektor kerajaan.

SPA8i pula merujuk kepada laman yang digunakan untuk login bagi tujuan pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam.

KLIK GAMBAR DI ATAS

Login SPA8i – Pendaftaran Pekerjaan Dalam Sektor Awam

Untuk masuk ke dalam sistem ini, anda boleh login ke dalam sistem SPA8i pada pautan ini: https://spa9.spa.gov.my/login

Jika pautan tersebut tidak digunakan, boleh klik : https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

(nota: anda perlu mencuba kedua-dua link tersebut. Ini kerana, adakalanya salah satu daripadanya tidak dapat diakses ataupun slow untuk loading)

Setelah berjaya masuk ke dalam pautan tersebut, masukkan ID iaitu kad pengenalan dan juga kata laluan.

Jika anda terlupa kata laluan, jangan risau. Anda boleh dapatinya kembali dengan melayari: https://putra12.spa.gov.my/spa8i/forgot.asm

Kemudian masukkan semua maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan kembali password anda.

Buat Akaun SPA Baru

Pautan login di atas ini adalah hanya untuk mereka yang telah mendaftar / mempunyai akaun di dalam laman SPA8i. Jika belum ada, anda perlu daftar terlebih dahulu.

Cara untuk mendaftar, mudah sahaja, layari laman web :https://spa9.spa.gov.my/register

Akan tertera borang pendaftaran seperti di bawah ini:

Masukkan maklumat seperti:

  • No kad pengenalan
  • Nama penuh
  • no telefon
  • email
  • soalan keselamatan (penting untuk urusan jika terlupa ataupun hendak menukar kata laluan)
  • Nama ibu
  • Tempat lahir (negeri)
  • kata laluan pilihan ( catat, ataupun letakkan kata laluan yang mudah anda ingat.
login spa8i sistem suruhanjaya perkhidmatan awam.

Buat pendaftaran anda dengan mengisi tempat kosong / butiran yang diperlukan. Pastikan anda mengisi maklumat yang betul.

Maklumat yang betul penting untuk memudakan permohonan anda diterima. Selain itu, pastikan anda mengingati kata laluan yang anda isi di dalam borang pendaftaran ini.

Kemaskini Jawatan Yang dipohon

Anda perlulah mengemaskini maklumat jawatan yang dipohon dari masa ke semasa.

Jangan biarkan jawatan yang dipohon tersebut tidak berubah sejak anda mendaftar hingga ke hari ini.

Pastikan ianya ‘up to date’ dengan senarai jawatan yang mana SPA mempunyai kekosongan.

Kekosongan jawatan semasa ini pula anda boleh lihat di laman homepage SPA. KLIK SINI.

Cara untuk membuat kemaskini, login ke dalam sistem SPA8. Selepas berjaya login, sila semak kembali maklumat semasa anda seperti keputusan peperiksaan semasa, dan juga alamat surat menyurat yang terkini.

Pastikan ianya adalah maklumat terkini.

Setelah itu, barulah lihat ke bahagian menu di tepi.

jawatan dipohon spa.

Klik jawatan dimohon tersebut.Dan kemaskini jawatan yang anda pohon.

Perlu diingat, pastikan anda mengisi jawatan kosong tersebut sesuai dengan tahap pendidikan anda.

Sebagai contoh, jika anda cuma ada diploma, jangan isi bahagian ijazah. Namun, jika anda mempunyai ijazah dan diploma sekali, anda boleh mengisi kedua-duanya sekali.

Pertanyaan Mengenai Login ke Dalam SPA8i

Berikut adalah beberapa persoalan yang sering ditanya oleh pemohon SPA8.

Antaranya soalannya adalah:

Apakah Itu MYID?

  • My ID adalah merujuk kepada no kad pengenalan anda.

Saya dah daftar, tapi tak ada dapat email pun?

  • Bermula pada tahun 2014, tiada lagi email pengesahan dihantar. Yang ada hanyalah email daripada SPA berkenaan pengumuman ataupun pemberitahuan sekiranya anda layak ke temuduga.

Bila nak dapat emel pengaktifan?

  • rujuk balik jawapan sebelum ini.

Emel saya silap, boleh tukar tak?

  • ya boleh.Caranya login seperti biasa dan tukar pada bahgian maklumat pemohon.

Saya cuba daftar, tapi notis keluar “Harap maaf! MYid telah wujud”.Kenapa ya?

  • ada dua kemungkinan, sama ada orang lain pernah daftarkan anda, ataupun anda pernah daftar tapi lupa kata laluan.
  • Cara nak selesaikan, klik sahaja pada lupa kata laluan.

Boleh tak batalkan pendaftaran?

  • Kenapa nak batalkan? Untuk makluman, pendaftaran yang telah dibuat, tidak boleh dibatalkan.

Tersalah isi no kad pengenalan lah. Nak buat apa?

  • Sila hubungi SPA melalui ePertanyaan.

Jika anda memerlukan panduan untuk mengisi borang SPA8 dengan lebih terperinci, lihat di sini panduan yang telah disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.