Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan simpanan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk dimasukkan ke dalam ASB bagi tujuan pelaburan.
Skim ini dinamakan sebagai i-Invest. Melalui i-Invest, ahli KWSP boleh membuat pelbagai transaksi pelaburan tanpa menggunakan orang tengah (ejen) dan caj perkhidmatan yang rendah.
Syarat Pencarum KWSP yang boleh menggunakan i-Invest adalah;
- Berumur kurang 55 tahun dan mempunyai simpanan di dalam akaun 1 KWSP.
Antara transaski yang boleh dibuat menggunakan i-invest adalah;
- Pembelian (Memasukkan duit ke dalam ASB)
- Penukaran tabung.
- Jualan balik (Mengeluarkan duit untuk dimasukkan kembali ke dalam KWSP).
Cara Membuat Pendaftaran i-Invest
Anda boleh mendaftar i-Invest melalui portal MyASNB.
Cara lain adalah dengan langkah berikut:
- Layari portal KWSP dan log masuk ke dalam i-Akaun Ahli.
- Pilih IPD Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
- Pilih dana-dana yang ditawarkan oleh ASNB.
Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantua yang ditawarkan kerajaan.
Semua transaksi boleh dilakukan melalui portal myASNB dan sejarah transaski akan dipaparkan di kedua-dua portal myasnb dan juga i-Akaun KWSP.
Berapakah had pelaburan minimum?
RM1000
Jika jualan balik dibuat, adakah terdapat caj perkhidmatan?
Tiada.
Jika saya tiada akaun ASNB, bolehkah saya menggunakan i-Invest?
Tidak. Anda haruslah mempunyai akaun dalam ASNB sebelum dapat menggunakan i-Invest.