Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan wang simpanan KWSP untuk membantu bayar bulanan pinjaman perumahan anda? Bahkan membantu melunaskan terus baki pinjaman.
Ya. Di sini kami kongsikan cara-cara untuk anda membuat permohonan menggunakan KWSP untuk tujuan bayar pinjaman perumahan.
Anda boleh membuat pengeluaran daripada akaun 2 KWSP untuk membantu mengurangkan ataupun selesaikan baki pinjaman KWSP.
Syarat-Syarat Kelayakan
Anda boleh membuat permohonan jika memenuhi syarat berikut:
Pengeluaran boleh dilakukan secara individu ataupun secara pengeluaran bersama pasangan / ahli keluarga anda.
Anda boleh memilih untuk mengeluarkan jumlah mengikut baki pinjaman perumahan anda ataupun mengeluarkan semua simpanan di dalam akaun 2.
Cara Membuat Permohonan
Hadirkan diri ke cawangan KWSP berhampiran anda dengan membawa bersama Kad pengenalan, dan surat-surat pembelian, pinjaman dari bank dan dokumen berkaitan.
Jika anda memohon untuk pengeluaran membantu pasangan, bawa bersama sijil perkahwinan sebagai bukti.
Jom ikuti kami di channel telegram t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai KWSP dan bantuan lain.
Status permohonan anda boleh disemak dengan lihat status pengeluaran di i-Akaun ataupun hubungi KWSP di 03-89226000. Cara yang lain adalah terus kunjungi KWSP yang berdekatan.
Adakah permohonan boleh dilakukan secara online?
Ya. Anda boleh lakukan secara online. Namun, permohonan secara bersemuka di cawangan KWSP adalah lebih memudahkan.
Adakah dokumen yang dibawa perlu disahkan?
ya. Sahkan semua dokumen anda sebelum hadir ke cawangan KWSP.
Saya membuat permohonan secara online, adakah perlu hadir ke KWSP untuk pengecaman cap jari?
Ya. bagi tujuan keselamatan.
Apakah dokumen perlu dibawa semasa pengecaman cap jari?
Bawa bersama IC/ kad pengenalan asal.