Tarikh Sambutan Hari Ibu 2023 dan Koleksi Ucapan

Hari ibu merupakan hari yang disambut setiap tahun bagi memperingati jasa dan pengorbanan ibu kepada anaknya. Setiap tahun, anak-anak akan melakukan sesuatu seperti memberi hadiah, membuat kejutan dan menyambut bersama hari ibu ini. Tarikh sambutan hari ibu.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Tarikh Sambutan Hari Ibu 2023 dan Koleksi Ucapan 2

Tarikh Sambutan Hari Ibu di Malaysia

Setiap tahunย tarikhย sambutan diadakan pada ahad kedua pada bulan Mei . Pada tahun ini, iaitu tahun 2023, sambutan hari ibu di Malaysia jatuh pada tarikh berikut:

  • Tarikh:ย 14 Mei 2023
  • Hari: Ahad

Koleksi Ucapan Hari Ibu

Berikut dihimpunkan beberapa koleksiย ucapanย hari ibu yang mana anda boleh ambil dan berikan kepada ibu tidak kiralah melalui kad ucapan, sms, whatsapp dan video call.

Ucapan 1:

Aku sayang dan cinta kepadamu Ibu. Aku berharap agar engkau terus ย sihat sejahtera dan memberikan aku kasih sayang.

ucapan 2:

Ibu, kau umpama lilin yang membakar diri. Terlalu banyak kau korbankan hanya untuk kesenanganku. Terima Kasih ibu.

ucapan 3:

Ibu, kau merupakan insan terbaik dalam hidupku.

ucapan 3:

Keajaiban dalam hidup adalah lahir dari rahim mu. Seorang wanita yang memberi kami cinta dan juga pengrobanan. Terima kasih ibu.

ucapan 4:

Ibu, kau telah melihat aku tertawa

Kau juga pernah melihat aku menangis

Dan kau selalu ada di sana bersamaku

Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini

Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu

Selamat Hari Ibu.

ucapan 5:

Bila diri ini sendiri,

Bila diri ini kesedihan,

Bila diri ini dikecewakan,

Bila diri ini berputus asa,

Bila diri ini buntu,

Seorang insan istemewa sentiasa dibelakang ku.

Insan yang bergelar ibu.

Ibu, Terima kasih untuk semua.

Sayang ibu.

Semoga ucapan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk melafazkan rasa sayang dan kasih kepada ibu anda. Selamat hari ibu!