Permohonan dan Pengesahan Cerai

Terdapat 5 kategori di dalam permohonan cerai dan juga membuat pengesahan cerai. Ianya adalah seperti berikut:

  1. Proses Kes Permohonan Cerai (Secara Talaq Dengan Persetujuan Bersama)
  2. Proses Kes Permohonan Cerai (Tanpa Persetujuan Bersama)
  3. Proses Kes Perceraian Secara Ta’liq atau Fasakh
  4. Proses Perceraian Secara Tebus Talaq
  5. Proses Pengesahan Lafaz Perceraian Di Luar Mahkamah

Kami kongsikan prosedur bagi setiap urusan tersebut di dalam artikel ini.

Proses Kes Permohonan Cerai (Secara Talaq Dengan Persetujuan Bersama)

  • Suami atau isteri:-
    • i. Serah Borang Permohonan Perceraian yang telah
    • dilengkapkan (mengikut format borang)
    • ii. Bayar yuran pendaftaran (mengikut kadar ketetapan negerimasing-masing)
    • iii. Daftar kes cerai di kaunter
    • iv. Terima tarikh dan masa hadir ke Mahkamah
    • (Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke mahkamah hendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes didaftarkan).
  • Suami dan isteri:-
    • i. Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
    • ii. Bawa bersama dokumen asal seperti berikut:
    • • Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
    • • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau
    • Pasport.
  • Mahkamah mendapatkan persetujuan perceraian daripada suami dan isteri
  • Suami melafazkan cerai talaq satu (1)
  • Mahkamah:-
    • i. Sahkan lafaz cerai suami
    • ii. Keluarkan perintah perceraian
  • Suami dan isteri terima rekod perceraian
  • Suami dan isteri bawa rekod perceraian dengan SEGERA ke Jabatan Agama Islam untuk daftar cerai
  • Suami dan isteri:-
  • Serah rekod cerai kepada Jabatan Agama bersama dokumen asal berikut:-
    • • Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
    • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau
    • Pasport
    • • Perintah Daftar Cerai dan Rekod Perceraian
    • ii. Bayar yuran daftar cerai (mengikut kadar yang ditetapkan oleh negeri-negeri)
  • Jabatan Agama Islam:-
    • i. Daftar cerai
    • ii. Keluarkan sijil cerai
BACA JUGA:  Dividen ASB 2022 dan Bonus Pembayaran Tahun 2023

Proses Kes Permohonan Cerai (Tanpa Persetujuan Bersama)

Bagi kes seperti ini, boleh rujuk carta alir dan cara permohonan pada pautan ini: http://www.jksm.gov.my/wp-content/uploads/2022/01/c11.pdf

Proses Kes Perceraian Secara Ta’liq atau Fasakh

Bagi kes seperti ini pula.boleh dirujuk pada pautan berikut:

http://www.jksm.gov.my/wp-content/uploads/2022/01/c12.pdf

Proses Perceraian Secara Tebus Talaq

Isteri:-

  • Serah Borang Permohonan Perceraian yang telah
  • dilengkapkan (mengikut format borang negeri masingmasing).
  • Bayar yuran pendaftaran (mengikut kadar ketetapan negeri
  • masing-masing).
  • Daftar kes cerai di kaunter.
  • Terima tarikh dan masa hadir ke Mahkamah.(Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke mahkamah hendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes didaftarkan).
  • Mahkamah serahkan saman kepada suami (dalam tempod tidak melebihi 14 hari selepasa kes didaftarkan).

Suami dan istei :-

  • Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
  • Bawa bersama dokumen asal seperti berikut:-
  • Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diriatau passport
  • Perintah Daftar Cerai dan Rekod Perceraian
  • Maklumkan bersetuju bercerai secara tebus talaq
  • Maklumkan bersetuju dengan jumlah tebus talaq

Isteri membayar jumlah bayaran tebus talaq kepada suami

Suami melafazkan tebus talaq dihadapan Hakim.

Mahkamah keluarkan perintah perceraian

Suami dan isteri:-

  • Terima rekod perceraian
  • Bawa rekod perceraian dengan SEGERA ke Jabatan
  • Agama Islam untuk daftar cerai

Suami dan isteri:-

  • i Serah rekod cerai kepada Jabatan Agama bersama
  • dokumen asal berikut:-
  • • Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
  • • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri
  • atau Pasport
  • Perintah Daftar Cerai dan Rekod Perceraian
  • Bayar yuran daftar cerai (mengikut kadar yang ditetapkan oleh negeri-negeri)

Jabatan Agama Islam:-

  • Daftar cerai
  • Keluarkan sijil cerai
BACA JUGA:  Lesen Memandu Percuma Buat Golongan B40 Tahun 2023

 Proses Pengesahan Lafaz Perceraian Di Luar Mahkamah

untuk kes melibatkan pengesahan lafaz perceraian di luar mahkamah, boleh layari : http://www.jksm.gov.my/wp-content/uploads/2022/01/c14.pdf