Selamat datang ke Sistem E-Perumahan Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar (JPKKB) 2020. Sistem E-Perumahan adalah sistem yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar (JPKKB) bagi memudahkan penduduk Kuala Lumpur memohon sewa dan jual PPR/PA DBKL. Sistem ini bertujuan untuk mempermudahkan proses permohonan PPR/PA DBKL secara atas talian dan mempercepatkan proses permohonan bagi penduduk Kuala Lumpur. Sistem E-Perumahan ini sentiasa dikemaskini dan terkini bagi memastikan semua maklumat yang terkandung dalam sistem ini sentiasa terkini.
Sejarah Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar (JPKKB)
Pada tahun 2015, Perpustakaan Kuala Lumpur telah bergabung dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti (JPPPK). Selaras dengan perubahan semasa, mulai 1 Januari 2018, Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) telah diwujudkan setelah berlakunya penggabungan dan penstrukturan semula antara Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti bersama Jabatan Perkhidmatan Kawasan. Pada tahun 2019, Bahagian Pengurusan Rekod telah digabungkan bersama Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar bagi memperkasakan peranan dan tanggungjawab Jabatan supaya berkemampuan untuk menyediakan sistem penyampaian yang lebih cekap dan efisyen kepada warga kota Bandar Raya Kuala Lumpur.
Visi dan Misi Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar (JPKKB)
Visi JPKKB adalah untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan ke arah mensejahterakan bandar dan menjadikan komuniti bandar yang terunggul dan sejahtera. Misi JPKKB pula adalah mewujudkan komuniti bandar yang terunggul menerusi penyampaian perkhidmatan perbandaran yang cemerlang dan berkualiti dan mewujudkan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti melalui perancangan dan pelaksanaan yang bersepadu antara organisasi bersama warga kota.
Permohonan Sewa PPR/PA DBKL
Penduduk Kuala Lumpur kini boleh memohon sewa PPR/PA DBKL secara atas talian menerusi Sistem E-Perumahan. Permohonan dibuat secara atas talian sepenuhnya mulai Januari 2020. Pemohon perlu mendaftar profil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan pendaftaran. Untuk pemohon yang telah memohon dari tahun 1998-2018, mereka boleh mengemaskini maklumat permohonan menerusi laman web http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah/
Log masuk ke dalam sistem e-Perumahan: https://eperumahan.dbkl.gov.my/eRumah/index.php/Welcome/login