e-Duit BNM Pembayaran Elektronik

Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan kempen e-Duit dengan slogan โ€œSelamat, Senang, Segeraโ€ untuk mempercepat penggunaan pembayaran elektronik (e-pembayaran) di Malaysia. Kempen ini melibatkan penggunaan kad pembayaran, e-dompet, perbankan internet, dan mudah alih. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran dan membangun keyakinan pengguna dalam menggunakan e-pembayaran.

BNM menjangka lebih ramai orang akan memilih e-pembayaran sebagai medium transaksi di masa akan datang. Kempen eDuit juga merupakan sebahagian daripada inisiatif rangkuman kewangan BNM untuk meningkatkan pendigitalan merentasi semua lapisan masyarakat, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Sektor Kewangan (Financial Sector Blueprint, FSBP) 2022-2026. Menerusi kempen e-Duit dan inisiatif lain oleh industri, BNM menyasarkan untuk meningkatkan bilangan transaksi e-pembayaran sebanyak sekurang-kurangnya 15% setiap tahun untuk mencapai lebih 400 transaksi e-pembayaran per kapita menjelang tahun 2026.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

e-Duit BNM

Kempen e-Duit menekankan tiga ciri utama e-pembayaran: Selamat, Senang, dan Segera. Logo e-Duit merangkumi semua jenis e-pembayaran seperti kad pembayaran, e-dompet, perbankan internet, dan mudah alih. Logo ini juga membawa maksud pemerkasaan kewangan anda yang disertakan dengan slogan 3 โ€˜Sโ€™, iaitu โ€˜Selamat, Senang, Segeraโ€™.

Dalam logo e-Duit, tiga lapisan berwarna melambangkan tiga ciri e-pembayaran. Biru menandakan ketenangan dan keselamatan. Pengguna dapat berasa selamat apabila berurus niaga menggunakan e-pembayaran. Kuning menggambarkan kemajuan yang positif dan harapan. Peralihan kepada e-pembayaran adalah mudah dan akan menjadikan transaksi lebih senang dibuat. Merah jambu melambangkan ihsan dan rangkuman. Usaha ke arah kemajuan perlu kita gerakkan secara seiring dan bersama-sama, serta tiada sesiapa yang akan tertinggal dalam kembara e-pembayaran ini.

Kempen e-Duit tidak memperkenalkan instrumen pembayaran baru, tetapi merupakan sebuah kempen untuk menggalakkan penggunaan e-pembayaran, yang merangkumi semua perkhidmatan e-pembayaran di Malaysia. Kempen ini menyokong aspirasi negara ke arah meningkatkan penggunaan perkhidmatan kewangan digital, termasuk penggunaan e-pembayaran.

Peserta industri yang mengambil bahagian dalam kempen ini akan mengadakan aktiviti promosi untuk memperkenalkan e-pembayaran kepada masyarakat dan memberikan pelbagai insentif untuk mendorong penggunaan e-pembayaran. Dengan meningkatkan penggunaan e-pembayaran, Malaysia akan dapat mencapai pendigitalan yang lebih tinggi dan mempercepat pertumbuhan ekonomi.