Di era ini, seseorang memiliki perniagaan adalah perkara biasa. Namun tidak semuanya mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Kerajaan telah mewajibkan bagi semua entiti perniagaan agar membuat pendaftaran perniagaan pada SSM ataupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pihak kerajaan juga telah mengumumkan beberapa bantuan khusus untuk Peniaga Kecil dan Sederhana iaitu Geran Khas Prihatin -GKP.
Oleh itu, di sini kami kongsikan cara untuk mendaftar / membuat permohonan Lesen SSM Secara Online.
Cara Daftar SSM Online
Kini pendaftaran SSM boleh dilakukan dengan melayari laman web ezBIz di pautan: https://ezbiz.ssm.com.my/
Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan klik Sign Up.
Selepas pendaftaran akaun Ezbiz, anda perlu ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berdekatan dengan anda.
Ini bagi tujuan melengkapkan pendaftaran anda dan tujuan membuat pengesehan biometerik (cap jari). Jangan lupa bawa bersama kad pengenalan semasa pergi ke pejabat SSM.
Setelah selesai, anda boleh mula menggunakan ezbiz seperti biasa dengan mendaftarkan perniagaan anda.
Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM30 jika menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan, jika menggunakan nama lain, contohnya enterprise,trading, resources dan sebgainya, bayaran adalah sebanyak RM60.
Kami mengucapkan selamat membuat permohonan dan pendaftaran SSM online.
Berapakah yuran daftar SSM?
RM30 atau RM60. Bergantung kepada nama perniagaan yang dipilih.
Apakah nombor yang boleh saya hubungi?
03-7721 400