Cara Semak Jika Ada Wang Tak Dituntut Di Bawah Nama Anda

Mengenai Wang Tak Dituntut (WTD)

  • WTD merujuk kepada sejumlah wang milik individu atau syarikat yang tidak dituntut dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut sehingga 31 Oktober 2019.
  • eGumis merupakan portal yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi memudahkan pengguna membuat semakan atas talian.

Cara Semakan eGumis

LangkahKeterangan
1Layari Portal eGumis: https://egumis.anm.gov.my/
2Buat pendaftaran pengguna secara atas talian
3Log masuk portal dengan menggunakan kata laluan sementara yang telah diberikan
4Kemaskini maklumat pengguna
5Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui pengenalan diri
6Sekiranya ada, cetak maklumat WTD tersebut

Dokumen yang Diperlukan untuk Semakan Wang Tak Dituntut

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

DokumenKeterangan
Borang UMA-7Perlu diisi dan ditandatangani secara lengkap
Salinan Kad PengenalanDiperlukan sebagai pengesahan identiti pemohon
Cetakan carian WTDLengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya sama dengan maklumat pemohon
Dokumen asalDiperlukan sebagai bukti pemilikan
Surat pengesahanDiperlukan jika dokumen asal tidak ada
Salinan muka hadapanBuku akaun bank atau penyata yang lengkap
Sekurang-kurangnya dua daripada tiga dokumen berikut:
Borang pembelian asalBank cheque
Banker cheque asal
Surat pengesahanBank penyerah WTD

Tuntutan WTD Bagi Penama Meninggal Dunia

  • Waris atau pentadbir boleh membuat tuntutan WTD jika penama telah meninggal dunia.
  • Dokumen yang diperlukan termasuk Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7, salinan kad pengenalan waris atau pentadbir, muka hadapan buku akaun atau penyata bank, sijil kematian, surat kuasa mentadbir harta pusaka, dan dokumen asal atau surat pengesahan jika berkenaan.
  • Akaun Tabung Haji, akaun pelaburan, dan akaun pinjaman tidak dibenarkan untuk digunakan dalam tuntutan WTD.