Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai inisiatif untuk membantu rakyat meringkan kos sara hidup. Berdasarkan maklumat terkini, pembayaran STR akan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Bayaran fasa pertama telah disalurkan kepada penerima yang lulus bermula pada 17 Januari 2023.
Bagi penerima STR 2023 yang tiada akaun bank, tuntutan tunai boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran adalah merujuk kepada penerima Bantuan Khas Malaysia (BKM) 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Tarikh Bayaran STR fasa 2
STR fasa 2 akan dibayar kepada penerima pada bulan April sebelum Hari Raya Aidilfitir menjelma tiba.
Jumlah Bayaran STR fasa 2
Jadual di bawah menunjukkan jumlah bayaran STR fasa 2:
Semakan STR
Semakan boleh dibuat pada pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Pembayaran bagi STR 2023 Fasa 1 dan 2 menggunakan maklumat penerima BKM 2022 dan pembayaran Fasa 3 dan 4 akan menggunakan maklumat penerima STR 2023. Untuk memudahkan proses pembayaran, kerajaan telah mengeluarkan jadual permohonan STR yang memperincikan cara permohonan, tarikh permohonan, dan kaedah permohonan.
Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini STR dibuka mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023. Bagi mereka yang ingin memohon secara dalam talian, boleh melalui laman rasmi STR. Bagi mereka yang ingin memohon secara manual atau fizikal, boleh hadir ke
- pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- pejabat Satelit (PS) LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
- atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR.
Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan satu usaha yang sangat dihargai oleh rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang terkesan secara kewangan akibat pandemik COVID-19. Diharapkan dengan adanya bantuan ini, dapat membantu meringankan beban mereka dan memastikan kesejahteraan rakyat terjaga dengan baik.