Cara Semakan BTR Status Pembayaran Januari 2023

Bermula 15 Januari 2023, ada yang telah melaporkan bahawa telah menerima bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) bagi pembayaran fasa 1. Seperti yang diumumkan, penerima akan mendapat bayaran BTR pada bulan Januari 2023.

Penerima yang terlebih awal mendapat bayaran adalah mereka yang menggunakan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagi bank untuk tujuan pembayaran. Ini kerana ada yang berkongsi tangkap layar menerima bayaran sebanyak RM300. Tangkap layar berkenaan boleh dilihat di bawah ini.

TERKINI! BTR Kini diberi nama baru Sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Info lanjut di sini.

btr semakan bsn
Cara Semakan BTR Status Pembayaran Januari 2023 5

Seperti yang anda lihat, terdapat pembayaran dibuat ke dalam akaun BSN milik penerima pada 15 Januari 2023. Ini bermakna, pembayaran kini sudah mula diagihkan kepada penerima semua.

Anda boleh mula membuat semakan, paling mudah semak mengikut perbankan internet masing-masing seperti;

Jumlah Bayaran

Jumlah pembayaran bagi BTR fasa 1 adalah;

  • RM300 buat isi rumah (keluarga)
  • RM100 buat golongan bujang.

Cara Semakan Status

Cara Semakan status bayaran BTR anda boleh dibuat dengan melayari laman web https://btr.hasil.gov.my . Masukkan nombor kad pengenalan anda dan juga kata laluan pendaftaran anda, kemudian klik semak status. Ikuti juga laman ini untuk kemaskini mengenai BTR.

Cara Semakan BTR Status Pembayaran Januari 2023 3
Cara Semakan BTR Status Pembayaran Januari 2023 6

Kemaskini maklumat juga boleh dilakukan pada portal yang sama bagi tujuan mengemaskini maklumat seperti nombor akaun, alamat, dan juga bilangan tanggungan (anak). Namun, fungsi kemaskini akan dibuka mengikut tarikh yang diumumkan oleh LHDN pada portal https://bkm.hasil.gov.my

Saya merupakan seorang ayah yang mempunyai 3 orang anak. Berapakah jumlah BTR yang akan saya terima bagi fasa 1 ini?

Anda akan menerima bayaran sebanyak RM300 bagi pembayaran fasa 1 ini.

Saya merupakan seorang lelaki/wanita yang belum berkahwin (bujang). Berapakah bayaran BTR akan saya terima pada pembayaran fasa 1 ini?

Bayaran yang akan anda terima adalah sebanyak RM100.