BPR diumumkan akan dibayar bermula pada 24 Februari 2021. Ramai yang telah mendapat abyaran, namun ramai juga yang belum lagi mendapat bayaran.
Sebelum itu, anda perlu tahu adakah permohonan anda diterima , diluluskan atau tidak.
Semak dahulu status BPR anda di pautan ini https://bpr.hasil.gov.my
Semak Status Pengkreditan BPR
Setelah membuat semakan, jika terdapat status pengkreditan di mana dipaparkan no akaun anda, ini bermakna permohonan BPR anda lulus.
Seperti gambar di atas ini, menunjukkan status kredit sedang dalam proses.
Tiada Maklumat Bank Dipaparkan
Jika tiada maklumat bank dipaparkan, kemungkinan anda akan menerima pembayaran melalui baucar. Lihat bahagian bawah status permohonan anda jika ada dipaparkan seperti gambar di bawah ini:
Anda perlu pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan pembayaran. Bawa bersama kad pengenalan semasa membuat penunaian baucer. Kemukakan juga nombor baucar tersebut.
Artikel lain: Semakan i Sinar Mulai 8 Mac
Tidak Perlu Risau
Tidak perlu risau sama ada anda akan mendapat bayaran ataupun tidak. Jika maklumat telah dipaparkan, ini bermakna pembayaran sedang dalam proses. Anda cuma perlu menunggu sahaja.