Kerajaan Negeri Sabah mengalu-alukan pemohon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bagi sesi pengajian tahun 2023. Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang telah diterima di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan sedang menjalani pengajian dalam bidang kursus yang telah diiklankan.
Syarat utama permohonan adalah pemohon perlu menjadi warganegara Malaysia yang berasal dan bermastautin di Sabah. Selain itu, sekurang-kurangnya salah seorang ibu atau bapa pemohon juga perlu berasal dan dilahirkan di Sabah.
Bidang dan Peringkat Pengajian
- Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Aktuari Sains Perikanan
- Juru Ukur Pertanian
- Kejuruteraan Sains Tulen
- Kesihatan dan Perusahaan Ternak Seni Bina (Architecture)
- Maritim Teknologi Maklumat
- Pengurusan Hartanah Ukur Bahan
- Perakaunan
- Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Aktuari Sains Pengurusan Hartanah
- Ekonomi Perakaunan
- Farmasi Pergigian
- Kejuruteraan Perhutanan
- Kesihatan dan Perusahaan Ternak Perikanan
- Keusahawanan Pertanian
- Juru Ukur Perlombongan dan Geologi
- Perindustrian Pengurusan Ladang
- Pelancongan dan Hospitaliti
- Renewable Energy
- Pendidikan – Matematik Sains Komputer
- Bahasa Inggeris Seni Bina (Architecture)
- Perubatan Sains Alam Sekitar
- Perubatan Veterinar
- Undang-Undang
- Oil & Gas Ukur Bahan
- Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Awam (IPTA)
- Bidang pengajian “Science, Technology, Engineering, and Mathematics” (STEM) (Kerja Kursus) untuk pelajar tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana secara terus sahaja (“Direct Intake”).
Kelayakan Pemohon
- Had Umur
- Bagi kursus Diploma, pemohon tidak boleh melebihi 20 tahun.
- Bagi kursus Sarjana Muda, pemohon tidak boleh melebihi 25 tahun.
- Bagi kursus Sarjana, pemohon tidak boleh melebihi 30 tahun.
- Kelayakan Akademik
2.1 Kursus Diploma
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
2.2 Kursus Sarjana Muda
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Jayyid.
- Lulus Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
- Lulus Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
- Lulus Asasi/Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
2.3 Kursus Sarjana
- Lulus Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
- Bidang pengajian “Science, Technology, Engineering, and Mathematics” (STEM) (Kerja Kursus).
- Tawaran hanya kepada pelajar tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana secara terus sahaja (“Direct Intake”).
- Mod Pengajian Sepenuh Masa.
2.4 Perubatan, Pergigian, dan Farmasi
- Kursus Perubatan, Pergigian, dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Biasiswa hanya ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja.
2.5 Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian peringkat Diploma, Sarjana Muda, dan Sarjana.
Cara Memohon
- Permohonan perlu dilakukan melalui sistem ‘online’ dengan melayari laman sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my. Pemohon perlu mendaftar menggunakan e-mel peribadi yang aktif.
Maklumat tambahan
- Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah hanya menaja kursus-kursus yang telah diiklankan. Keputusan permohonan adalah muktamad.
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pelajar.
- Kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, menyambut baik pemohonan daripada pelajar-pelajar yang berpotensi dan berkelayakan untuk mendapatkan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. Diharapkan dengan adanya biasiswa ini, pelajar-pelajar Sabah akan dapat melanjutkan pengajian mereka dan berkontribusi kepada pembangunan Sabah dalam pelbagai bidang ilmu.