Ketika tempoh negara masih lagi bergelut mengawal jangkitan Covid, kebanyakan urusan kerajaan dilakukan secara temujanji.
Ini bermakna, para pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat untuk berurusan.
Ini tidak terkecuali juga bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Anda perlu membuat temujanji sebelum hadir ke pejabat.
Ini termasuklah urusan seperti memperbaharui lesen, cukai jalan (roadtax), urusan pertukaran nama kenderaan dan juga urusan-urusan lain.
Di sini kami kongsikan cara untuk anda membuat temujanji JPJ secara online.
Cara Membuat Temujanji JPJ Secara Online
Caranya mudah sahaja, layari laman web temujanji JPJ di pautan ini: https://temujanji.jpj.gov.my/home
Pilih tempahan temujanji baru.
Kemudian, pilih negeri mana anda hendak hadiri temujanji.
Anda akan diberikan tarikh yang tersedia untuk anda membuat temujanji.
Bagi negeri-negeri lain, pautan akan diberikan jika negeri tersebut tidak menggunakan sistem temujanji ini. Anda cuma klik “buka” untuk terus membuat temujanji.
Untuk membuat semakan status tempahan temujanji anda, klik semakan tempahan temujanji.
Jom join kami di telegram t.me/portalsemakandotcom untuk maklumat mengenai bantuan terkini dan info semasa.
Bolehkah saya walk-in terus ke JPJ berdekatan?
Tidak. Anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu.