BPR 2021: Semakan Status Bayaran (Bujang / Isi Rumah)

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR akan diagihkan pada penghujung bulan Februari 2021.

Semua penerima diminta untuk membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat atau kemaskini permohonan sebelum tarikh tutup pada 25 Februari 2021.

Bayaran bagi fasa pertama adalah sebanyak RM300 bagi kategori isi rumah, manakala RM150 bagi golongan bujang / OKU.

Kaedah Pembayaran

Nilai tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima . Manakala jika pembayaran BSH/BPN 2.0 sebelum ini melalui tunai, kaedah yang sama akan digunakan. Anda perlu hadir ke BSN.

Semak Status Pembayaran

Status pembayaran BPR boleh dilakukan dengan melayari: https://bpr.hasil.gov.my

Login ke dalam sistem BPR dan masukkan maklumat anda.

Pendaftaran Baru

Pendaftaran atau permohonan baru BPR juga boleh dibuat pada laman web https://bpr.hasil.gov.my

Sebelum itu, untuk permohonan baru, beberapa Dokumen Sokongan BPR diperlukan.

Soalan Berkaitan Pembayaran BPR

Akaun bank saya tersilap/ sudah tidak aktif. Bolehkah saya menukarnya?

Boleh. Kemaskini dengan login ke dalam sistem BPR.

Bilakah pembayaran fasa pertama?

Hujung bulan Februari 2021.

Bilakah pula pembayaran fasa kedua dibuat?

Dalam jangkaan pada bulan Oktober 2021.

Adakah terdapat rayuan BPR?

Setakat ini. Tiada permohonan rayuan dibuka.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.