Semakan SARA Sumbangan Asas Rahmah Ogos 2023

Posted on

SEMAKAN SARA

Bantuan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.

Kelayakan SARA

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023

Pelaksanaan Program SARA

Pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri:

Alamat PenerimaKaedah Pelaksanaan SARA
Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanBayaran RM600 secara sekaligus adalah melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023

Amaun Kelayakan SARA

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut:

Bil.Kategori Kelulusan STR 2023Amaun Bayaran
1.Isi Rumah i. Kahwin ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anakRM600
2.Warga Emas Tiada PasanganRM600
3.BujangRM600

Jadual Pembayaran

Semakan SARA Sumbangan Asas Rahmah Ogos 2023 1
Semakan SARA Sumbangan Asas Rahmah Ogos 2023 4
BulanJumlah
Julai 2023RM100
Ogos 2023RM100
September 2023RM100
Oktober 2023RM100
November 2023RM100
Disember 2023RM100

Semakan Kelayakan SARA

Semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:

semakan sara
Semakan SARA Sumbangan Asas Rahmah Ogos 2023 5
Kaedah PemaklumanKeterangan
i. Surat pemaklumanSurat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
ii. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 selama enam bulan daripada Yayasan MyKasih melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan makanan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.
iii. Semakan terus melalui portal rasmiSemakan kelayakan SARA Portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my
iv. HubungiSemakan kelayakan SARA Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Tags:

bantuan terkini