Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.
Kelayakan SARA
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
Pelaksanaan Program SARA
Pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri:
Alamat Penerima | Kaedah Pelaksanaan SARA |
---|---|
Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) | Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai โ Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad. |
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Bayaran RM600 secara sekaligus adalah melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023 |
Amaun Kelayakan SARA
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut:
Bil. | Kategori Kelulusan STR 2023 | Amaun Bayaran |
---|---|---|
1. | Isi Rumah i. Kahwin ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak | RM600 |
2. | Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
3. | Bujang | RM600 |
Jadual Pembayaran
Semakan Kelayakan SARA
Semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:
Kaedah Pemakluman | Keterangan |
---|---|
i. Surat pemakluman | Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR |
ii. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) | Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 selama enam bulan daripada Yayasan MyKasih melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan makanan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih. |
iii. Semakan terus melalui portal rasmi | Semakan kelayakan SARA Portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my |
iv. Hubungi | Semakan kelayakan SARA Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi โ 5.00 petang); atau Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi โ 5.00 petang) Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi โ 5.00 petang) |