TUBF 2022 : Permohonan Pinjaman Usahawan Belia FELDA

Pinjaman Usahawan Belia FELDA. TUBF merupakan inisiatif antar Kerajaan dan FELDA dalam membantu usahawan muda FELDA memula dan mengukuhkan perniagaan.

TUBF juga adalah pinjaman mudah kepada usahawan golongan belia (anak, cucu, dan cicik peneroka/pentadbir) dalam lingkungan umur 18 hingga 40 tahun.

Keutamaan diberikan kepada usahawan belia dalam rancangan FEDA dan dana pusingan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM10 juta oleh FELDA dengan kerjasama pihak perbankan.

Pinjaman Usahawan Belia FELDA
TUBF 2022 : Permohonan Pinjaman Usahawan Belia FELDA 6

Tempoh Bayaran Pinjaman

Pinjaman ini diberikan selama 3 tahun tempoh bayaran menerusi pinjaman tanpa faedah.

Manfaat Tambahan

Manfaat tambahan yang bakal diperoleh penerima tabung ini adalah :

  • Kursus induksi secara percuma.
  • Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3 bulan.

Syarat Kelayakan Pinjaman Usahawan Belia FELDA

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah :

  1. ) Usahawan sedia ada
    • Urusniaga perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun.
    • 4 pakej perniagaan ditawarkan iaitu perkhidmatan, kraf, perniagaan, dan perusahaan.
    • Kouta kelayakan adalah 70% atau 280 orang.
    • Had pinjaman adalah RM10,000 sehingga RM20,000.
  2. ) Usahawan Baharu
    • urusniaga perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan.
    • 6 pakej perniagaan ditawarkan iaitu kiosk makanan, bakeri, andaman, jahitan, IT, dan car wash.
    • Kouta kelayakan adalah 30% atau 160 orang.
    • Had pinjaman adalah RM5,000 sehingga RM15,000.
TUBF 2022 : Permohonan Pinjaman Usahawan Belia FELDA 4
TUBF 2022 : Permohonan Pinjaman Usahawan Belia FELDA 7

Cara Mohon Pinjaman Usahawan Belia FELDA

Cara memohon akan dimaklumkan oleh pihak FELDA apabila permohonan dibuka.

Permohonan untuk usahawan sedia ada dijadualkan dibuka mulai Ogos 2022 manakala untuk usahawan baharu, permohonan dibuka mulai Januari 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pinjaman Usahawan Belia FELDA TUBF, sila hubungi Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA di talian 03-2191 2152 / 2029/ 2052/ 2051/ 2180 atau melayari laman web rasmi = https://felda.gov.my/

Soalan Lazim

Berapakah Had umur untuk membuat pinjaman TUBF ?

18 sehingga 40 tahun.

Berapakah had pinjaman untuk Usahawan sedia ada ?

Had pinjaman adalah RM10,000 sehingga RM20,000.