Permohonan Rumah Perakku 2022. Untuk warga Perak yang tidak memiliki rumah dan memenuhi syarat pendaftaran yang ditetapkan, anda boleh terus memohon “RUMAH PERAKKU” di laman web Lembaga Perumahan & Hartanah Perak.
Ikuti perkongsian dibawah bagi mengetahui lebih lanjut mengenai syarat permohonan, kemaskini pendaftaran perumahan dan lain-lain yang berkaitan.
Tawaran Perumahan
Terdapat 3 tawaran perumahan mengikut pendapatan isi rumah, iaitu :
- Rumah Perakku I (kos rendah RM90,000 dan ke bawah)
– Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM3,860 sebulan. - Rumah Perakku II (kos sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
– Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM3,861 hingga RM7,000 sebulan. - Rumah Mampu Milik (kos 140,001 hingga RM250,000)
– Pendapatan terbuka.
Syarat Pendaftaran
Bagi syarat pendaftaran yang telah ditetapkan dan perlu dipenuhi oleh pemohon dalam membuat adalah :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon yang tidak memiliki rumah sahaja yang layak untuk memohon.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,860 hingga RM7,000 sebulan.
Maklumat Penting
maklumat penting dalam membuat Permohonan Rumah Perakku 2022 adalah :
- Setiap permohonan perlu dikemaskini setiap 2 tahun sekali, jika anda gagal mengemaskini permohonan akan ditolak/tidak dipanggil temuduga jika terpilih.
- Sila bawa dokumen “Asal” dan dokumn “Sokongan” semasa proses temuduga nanti.
- Pemohon digalakkan menggunakan komputer untuk membuat pendaftaran perumahan. Penggunaan telefon pintar adalah tidak digalakkan.
- Proses semakan pendaftaran perumahan mengambil masa 7 hari bekerja.
Cara Mohon Permohonan Rumah Perakku 2022
Cara mohon Permohonan Rumah Perakku 2022, sila ikuti klangkah-langkah seperti berikut :
- Sila dapatkan borang permohonan secara dalam talian di laman sesawang disini = http://lphp.perak.gov.my/pendaftaranbaru_lprumah.php
- Pastikan borang diisi dengan lengkap dan betul.
- Pastikan alamat email anda adalah betul dan boleh digunakan supaya anda boleh menerima email daripada LPHP selepas mendaftar.
- Sila simpan maklumat ini ditempat yang selamat dan gunakan maklumat ini untuk kemaskini maklumat pendaftaran perumahan anda.
- Klik butang “Hantar”.
Dokumen Yang Diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan semasa sesi temuduga kelayakan penerima adalah :
- Salinan kad pengenalan terbarau pemohon dan isteri/suami.
- Salinan sijil nikah / Daftar perkahwinan.
- Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan anak–anak dan lain-lain tanggungan.
- Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri/suami.
- Surat pengesahan dan perakuan Pendapatan bulanan pemohon dan isteri/suami dari Ahli Dewan undangan Negeri.
- (ADUN)/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah Sekiranya bekerja sendiri.
- Sekeping gambar warna Ukuran passport (Terbaru).
Cara Kemaskini Pendaftaran Perumahan
- Layari laman web kemaskini pendaftaran di pautan ini = http://lphp.perak.gov.my/pendaftaranrumah_lphp.php
- Kemudian log masuk bagi mengemaskini maklumat pendaftaran perumahan.
- Sila klik butang Lupa Kata Laluan untuk membuat ketetapan kata laluan baru.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Rumah Perakku 2022, sila hubungi =
Lembaga Perumahan & Hartanah Perak Agras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gatang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
ATAU
Hubungi di talian : 05-209 5000.
Soalan Lazim
Berapakah had umur untuk memohon permohonan ini ?
Berumujr 18 tahun ke atas.
Sekiranya Permohonan tidak dikemaskini melebihi tarikh kemaskini, apakah kemaskini akan digagalkan ?
Ya. Kemaskini permohonan akan ditolak.