Permohonan EPOKU 2024: Mohon Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya

By ridhwan

Permohonan EPOKU 2024. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah salah satu bantuan atau insentif yang diwujudkan bagi membantu golongan OKU yang bekerja.

EPOKU juga adalah satu insentif kerajaan dibawa Kementerian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan untuk menggalakkan lagi OKU terus bekerja, serta dapat berdikari sendiri dan mampu hidup juga dapat menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Kadar Elaun Diberikan

Kadar elaun yang akan diberikan adalah sebanyak RM450 untuk sebulan.

Syarat Kelayakan Permohonan EPOKU 2024

Antara syarat yang telah ditetapkan bagi kelayakan untuk mendapatkan Elaun pekerja Orang Kurang Upaya adalah :

  1. Warganegara Yang bermastautin di Malaysia.
  2. Berumur 16 tahun ke atas.
  3. Pemegang Kad OKU JKM.
  4. Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah.
  5. Bagi mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Mohon Permohonan EPOKU 2024

Berikut adalah cara-cara untuk memohon EPOKU :

  1. Setiap pemohon hendaklah melengkapkan dahulu borang di setiap link tersebut :
    1. https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2018%20BORANG%20PERMOHONAN%20BANTUAN(1).pdf
    2. https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2020%20BORANG%20KAJI%20SEMULA%20BANTUAN(1).pdf
    3. https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/BORANG%20PERMOHONAN%20PENDAFTARAN%20OKU%20PINDAAN%202019.pdf
  2. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta untuk membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat.
  3. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian 9means-tested) bagi mengesahkan kepada pemohon.
    2. Urusan bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Permohonan EPOKU 2022
Permohonan EPOKU 2024: Mohon Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya 3

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan dan perlu dibawa semasa hadir ke Pejabat kebajikan adalah :

  1. Salinan Kad Pengenalan diri.
  2. Salinan Kad Pengenalan suami atau isteri.
  3. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa / anak yang tinggal bersama.
  4. Salinan Sijil kelahiran anak-anak / ahli kelurga yang tinggal bersama.
  5. Salinan Penyata Gaji (jika ada) , dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan EPOKU 2024, pemohon boleh berhubung dengan pejabat kebajikan masyarakat di tempat anda atau hubungi nombor di talian 03-8000 8000.

Soalan Lazim

Berapakah had umur untuk memohon permohonan ini ?

Berumur 16 tahun dan ke atas.

Berapakah kadar elaun yang diberikan ?

RM450 untuk sebulan.