5 Tahun Pengecualian cukai kepada golongan wanita jika BN Menang PRU 15

Selepas penamaan calon beberapa hari lepas, semua parti dilihat mula menyebarkan manifesto masing-masing.

Barisan Nasioanl (BN) juga tidak terlepas membentangkan manifesto mereka. Antara manifesto yang mendapat perhatian adalah yang memberi kelebihan kepada golongan wanita.

5 Tahun Tanpa Bayar Cukai

Wanita yang kembali ke alam pekerjaan selepas berehat daripada kerjaya, akan diberi pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya, selama lima tahun.

Itu antara kandungan dalam dokumen Manifesto Barisan Nasional (BN), yang akan dilaksanakan jika gabungan itu menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Hospital Pakar Wanita Pertama di Malaysia

BN juga berjanji untuk membangunkan Hospital Pakar Awam Wanita (HAWA), yang pertama sebagai hospital pakar yang mengkhususkan isu kesihatan wanita, selain membina sebuah universiti awam wanita pertama.

Subsidi Ujian Mamogram dan Saringan Kanser Serviks

Selain itu, gabungan itu juga akan menawarkan skim subsidi nasional kepada wanita untuk menjalani ujian mamogram dan saringan kanser serviks.

Insentif potongan cukai majikan

Pada masa sama, BN juga akan menawarkan insentif potongan cukai kepada majikan yang memperkenalkan sistem waktu kerja anjal kepada golongan ibu yang bekerja.

BACA JUGA:  Bantuan Awal Persekolahan (BAP): Tarikh & Jumlah Bayaran Januari 2022