Artikel kali ini berkongsi mengenai kadar zakat fitrah di Malaysia bagi setiap negeri untuk tahun 2023.
Zakat fitrah ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan zakat fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Zakat fitrah juga bertujuan memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri). Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar menyatakan bahawa zakat fitrah itu wajib bagi anak kecil, diambil dari hartanya apabila ia memiliki harta, lalu dikeluarkan oleh walinya, seperti halnya dalam zakat harta.
Zakat fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya.
Kadar Zakat Fitrah
Jadual di bawah menunjukkan kadar bayaran zakat fitrah di setiap negeri di Malaysia.
Negeri | Kadar Zakat Fitrah |
---|---|
Perlis | RM7 |
Kedah | RM6.50/ RM7 / RM14 /RM21 |
Pulau Pinang | RM7 / RM13 RM20 |
Perak | RM7 / RM14 / RM21 |
Kelantan | RM7 /RM14/ RM21 |
Terengganu | RM8 /RM10 / RM24 |
Pahang | RM7 /RM14/ RM21 |
Selangor | RM7 / RM14/ RM21 |
Negeri Sembilan | RM7 /RM10 / RM21 |
Melaka | RM7 /RM14/ RM21 |
Johor | RM7 / RM13 |
Sabah | RM7 |
Sarawak | RM7 |
WP Kuala Lumpur | RM7 /RM14/ RM21 |
WP Putrajaya | RM7 /RM14/ RM21 |
wp Labuan | RM7 /RM14/ RM21 |
Adakah kadar bayaran sama untuk setiap negeri?
Tidak. Ianya berbeza.
Bagaimana cara untuk membayar zakat fitrah?
Melalui amil zakat yang telah dilantik. Boleh juga dibuat pembayaran secara online.