Jawatan Kosong MPAJ: Gaji Menarik sehingga RM 9,618

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang mencari calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan bertaraf kontrak di dalam organisasi kami. Kepada anak negeri Selangor, keutamaan akan diberikan.

Jawatan yang ditawarkan

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

  1. Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
  2. Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  3. Taraf Jawatan: Kontrak
  4. Kekosongan Jawatan: 1
  5. Gred dan Jadual Gaji: F41 (RM 2,315.00 – RM 9,618.00)
  6. Elaun: Imbuhan Tetap Khidmat Awam (RM 300.00), Imbuhan Tetap Perumahan (RM 300.00), Bantuan Sara Hidup (COLA) (RM 300.00)

Syarat-syarat lantikan

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Kekosongan Jawatan: 1
    • Gred dan Jadual Gaji: FA29 (RM 1,549.00 – RM 5,684.00)
    • Elaun: Imbuhan Tetap Khidmat Awam (RM 160.00), Imbuhan Tetap Perumahan (RM 300.00), Bantuan Sara Hidup (COLA) (RM 350.00)

Syarat-syarat lantikan:

  • Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau pemprosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya di www.mpaj.gov.my.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar bersama salinan kad peng
  • enalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan, gambar passport, dan nama jawatan yang dipohon.
  • Perhatian kepada pemohon:
  • Permohonan hendaklah lengkap dengan semua dokumen yang diperlukan. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
  • Hanya calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Pemohon bertanggungjawab untuk semua perbelanjaan yang berkaitan dengan permohonan.
  • Slip akuan penerimaan borang permohonan hendaklah diisi dan disertakan dengan setem RM1.50.
  • Untuk sebarang pertanyaan atau kesulitan, sila hubungi talian 03-4285 7040 / 7037.
  • Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada: YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA MENARA MPAJ JALAN PANDAN UTAMA PANDAN INDAH 55100 KUALA LUMPUR (U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
  • Iklan ini diiklankan pada 23 Mei 2023 (Selasa), dan tarikh tutup permohonan adalah pada 06 Jun 2023 (Selasa).

Keutamaan diberikan kepada anak negeri Selangor.

sumber: https://www.mpaj.gov.my/sites/default/files/iklan_tahun_2023_-_ptm_pptm.pdf