CBRM 2.0 TEKUN: Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah memperkenalkan CBRM , iaitu Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM).

Kejayaan CBRM diteruskan lagi dengan pelaksanaan CBRM 2.0.

Apakah itu CBRM 2.0?

Ianya adalah satu bentuk pembiayaan diberikan kepada semua usahawan TEKUN yang sedia ada dan juga bagi mereka yang baru mendaftar.Bukan ahli tekun? Teruskan membaca.

Bantuan ini bagi membantu para usahawan dapat kembali menjalankan perniagaan dan pulih akibat pandemik kini.

Anda boleh mula mohon mulai 15 Ogos 2021.

Syarat-Syarat CBRM 2.0

Syarat untuk membolehkan anda memohon CBRM adalah;

  • Bumiputera / India dan merupakan warganegara Malaysia.
  • 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai lesen SSM ataupun lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Haruslah terlibat terus dalam perniagaan (secara langsung atau separuh masa).
  • Mempunyai lokasi perniagaan.
  • Bebas daripada masalah jenayah dan tindakan undang-undang dan bukan diisytihar bankrap.
  • Baki pembiayaan haruslah tidak melebihi RM100,000.
  • Akitivi perniagaan haruslah patuh syariah.

Nilai Pembiayaan

Nilai pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Usahawan baru: RM1,000 – RM10,000
  • Usahawan sedia ada: RM1,000 – RM20,000

Tiada kadar keuntungan akan dikenakan ke atas pembiayaan ini. Manakala kelulusan pula akan mengambil masa 7 hari bekerja sahaja.

Pembiayaan ini sedia ada telah dilindungi Insurans Takaful dengan syarat masih berada dalam tempoh pembiayaan.

Sektor yang Layak Mohon

  • Peruncitan
  • Pembuatan
  • Kontraktor kecil
  • Perniagaan Online
  • Pertanian
  • Perusahaan asas Tani.

Cara Mohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM2.0)

Cara untuk mohon adalah secara atas talian pada pautan: https://tekunfin.tekun.gov.my

Bagi pengguna baru, anda boleh daftar dahulu melalui pautan https://tekunfin.tekun.gov.my/register untuk menjadi ahli tekun.

Hubungi cawangan tekun di kawasan anda untuk info lanjut: TEKUN

Jangan lupa, join kami di telegram t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantuan ini.

Apa itu CBRM 2.0?

Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0