Cara Semakan Status Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 2022

By Editorial

Berita baik buat pemohon pengeluaran khas KWSP 2022. Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran pengeluaran khas akan diawalkan 2 hari kepada tarikh 18 April 2022.

Pembayaran akan mula dikreditkan kepada pemohon bermula tarikh 18 April 2022. Namun, ianya bergantung kepada giliran anda.

Tidak semestinya anda akan menerimanya pada tarikh 18 April. Mungkin juga pembayaran selesai dikreditkan ke dalam akaun anda pada 19 Apri,20 April ataupun 21 April dan seterusnya.

Namun di sini kami kongsikan kepada anda cara untuk anda boleh membuat semakan status kelulusan dan status pembayaran pengeluaran Khas KWSP.

Cara Semakan Status Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 2022.

Cara untuk membuat semakan status pembayaran Khas KWSP 2022.

Layari laman web rasmi pengeluaran khas.

Layari laman web rasmi https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Klik bahagian semakan.

Cara Semakan Status Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 2022 2

Klik icon semak status permohonan.

Masukkan maklumat login

Cara Semakan Status Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 2022 4

Masukkan nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon yang didaftarkan pada KWSP.Kemudian klik semak status.

Status dipaparkan.

status pengeluaran khas

Jika permohonan anda diluluskan, mesej berwarna hijau akan dipaparkan. Tahniah kerana lulus dalam permohonan pengeluaran KHAS KWSP.

Semakan melalui i-Akaun

Cara Semakan Status Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 2022 7

Selain itu, anda juga boleh semak transaksi yang berlaku melalui i-Akaun KWSP anda. layari https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Ikuti channel telegram

Ikuti channel telegram kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai pengeluaran khas kwsp dan juga bantuan lain.