Cara Semakan BKM Status Bayaran Fasa 1 (28 Mac 2022)

Kerajaan telahpun mengumumkan tarikh pembayaran fasa 1 BKM 2022. Pembayaran fasa 1 BKM akan bermula pada 28 Mac bersamaan hari isnin.

Semua kategori akan menerima bayaran ini. Termasuklah warga emas, isi rumah dan juga golongan bujang.

Jumlah Pembayaran BKM 2022 (Fasa 1)

Jumlah yang akan diterima pada fasa 1 ini adalah seperti berikut:

  • isi rumah pendapatan RM2500 ke bawah 👉RM1,000
  • Isi rumah pendapatan RM2501 – RM5000 👉 RM400
  • Warga emas 👉 RM600
  • Bujang 👉 RM350

Di sini kami kongsikan cara untuk membuat semakan Status BKM Fasa 1.

artikel lain: Pengeluaran Khas KWSP 2022

Cara Semakan BKM 2022 Online

Pertama sekali, layari portal MYBKM pada pautan: https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login

log masuk bkm

Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak.anda. Dan anda akapaparkan dengan kata kunci keselamatan. Masukkan password (kata laluan ) anda jika frasa keselamatan anda adalah tepat.

Klik semakan status untuk lihat status pembayaran anda.

Selain itu, anda juga boleh klik profil untuk lihat senarai bantuan yang anda pernah terima sebelum ini bersama jumlah bayaran yang diterima.

Kami mengucapkan selamat membuat semakan BKM 2022. Semoga wang yang diperolehi dapat digunakan untuk perkara yang bermanfaat.

Ikuti t.me/portalsemakandotcom untuk info dan maklumat mengenai BKM.

Untuk proses rayuan, ianya akan mula dibuka pada 2 Mei 2022.

Cara Pembayaran BKM fasa 1

Cara pembayaran BKM adalah seperti jadual di bawah ini.

Bila tarikh bayaran BKM fasa 1 2022?

28 Mac 2022.

Adakah terdapat rayuan BKM?

Ya. Ianya akan mula dibuka pada 2 Mei 2022.

Ikuti t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantuan di Malaysia.

Bagaimana cara pembayaran BKM fasa 1?

Bagi mempunyai akaun bank, pembayaran melalaui pengkreditan terus ke dalam akaun bank. Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran melalui BSN.