Penamaan KWSP adalah proses mendaftar penama yang akan bertanggungjawab mengeluarkan simpanan KWSP anda apabila anda meninggal dunia.
Dengan membuat pendaftaran penamaan, ianya akan memudahkan untuk mengeluarkan simpanan di dalam akaun KWSP untuk diagihkan kepada waris-waris.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Kepentingan Buat Penamaan KWSP
- Memendekkan proses pengeluaran.
- Memudahkan urusan di mahkamah jika ada.
- Memastikan waris dapat mewarisi simpanan.
Bila disemak, rupanya masih ramai yang tidak membuat pendaftaran penamaan.
Cara Mengetahui Sama ada Telah Buat Penama atau belum
Login ke dalam i-Akaun dan pergi ke bahagian Penama untuk membuat semakan siapa penama anda.
Sebagai ahli, anda boleh meletakkan siapa sahaja sebagai penama KWSP anda.Ataupun jika tiada individu yang ingin anda letakkan, boleh letakkan Amanah Raya Berhad (ARB) untuk menguruskan simpanan anda jika anda meninggal dunia.
Jika tiada tuntutan dibuat akibat tiada penamaan, maka wang simpanan KWSP ahli yang meninggal dunia akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut apabila ahli berumur 100 tahun.
Cara Daftar dan Buat Penamaan KWSP
Cara untuk membuat penamaan adalah;
Isi borang KWSP 4 ini dan bawa bersama borang yang lengkap ke mana-mana pejabat KWSP berhampiran anda.
Selain itu, anda juga boleh melakukannya secara online melalui portal i-Akaun KWSP.
Selepas login, pergi ke bahagian PENAMAAN dan klik daftar penamaan. Pendaftaran secara online ini hanya boleh dibuat semasa waktu pejabat sahaja.
Salah Faham Mengenai Penamaan KWSP
Terdapat mitos dan salah faham yang masih berlegar-legar dalam kalangan ahli KWSP. Ianya telah diterangkan di dalam jadual di bawah ini: