Sebut sahaja pasal ASB, pasti akan tahu. Ianya satu instrumen pelaburan khusus untuk bumiputera di Malaysia.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menawarkan 2 jenis unit amanah iaitu unit amanah harga tetap dan juga unit amanah harga berubah.
Senarai unit amanah tersebut boleh dilihat pada jadual di bawah ini:
Syarat Kelayakan Membuka ASB
Sebelum anda tahu bagaimana cara untuk membuka akaun ASB/ASNB, anda perlu tahu dahulu apakah kelayakan untuk anda dibenarkan untuk membuka akaun.
Antara unit amanah yang selalu dibuka tertamanya buat mereka yang baru pertama kali adalah Amanah Saham Bumiputera (ASB). ASB adalah unit amanah yang paling ramai orang melabur.
Dah lihat syarat kelayakan? Dan anda layak? Baiklah teruskan membaca untuk cara pembukaan akaun.
Cara Membuka Akaun ASB
Anda boleh hubungi cawangan ASNB ataupun ejen ASNB untuk mula membuka akaun.
Hampir setiap bank di Malaysia adalah ejen ASNB. Sebagai contoh Maybank, CIMB,Public Bank, Ambank dan lain-lain.
Anda hanya perlu hadir ke cawangan ASB berhampiran anda ataupun ke mana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan ASB/ASNB.
Dokumen yang perlu dibawa bersama semasa pembukaan akaun adalah
- Kad pengenalan buat 18 tahun ke atas
- mykid atau surat beranak buat yang berumur 18 tahun ke bawah.
Buka Akaun ASB Secara Online
Anda boleh membuka secara online melalui aplikasi myasnb.
Buka aplikasi tersebut kemudian klik daftar. Ikuti langkah-langkah seterusnya.
Buka Akaun ASB Untuk Bayi
Prosesnya sama. Ibu bapa perlu hadir bersama mykid/ surat beranak bayi. Bayi tidak perlu turut hadir bersama.
Beza ASB dan ASBF?
Semasa membuka akaun, anda mungkin ditawarkan ASBF. Anda perlu tahu bahawa ianya adalah kemudahan pinjaman (loan). Pegawai bank akan menerangkan akan kelebihannya.
Jangan sesekali mengambil keputusan mendaftarnya ketika baru pertama kali membuka. Anda perlu fikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Anda boleh lihat perbezaan pinjaman ASB dan pelaburan biasa pada jadual di bawah:
Kami mengucapkan selamat membuka akaun ASB.
Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info mengenai ASB dan juga info lain berkaitan bantuan yang ditawarkan di Malaysia.
Apakah hukum pelaburan ASB?
Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan ianya adalah harus.