Ebit Lew: Biodata, Asal Usul, dan Siapakah Ebit Pendakwah Islam

Ebit Lew merupakan pendakwah islam yang popular di Malaysia. Ebit Liew mula tular apabila video beliau turun ke lapangan untuk mengerjakan kebaijkan. Ini termasuklah berjumpa dengan gelandangan, remaja berpeleseran, golongan maknyah dan banyak lagi.

Video-video beliau telah membuka hati ramai rakyat Malaysia untuk terus mengikuti sosok tubuh penceramah ini.

Kemuncak populariti Ebit Liew atau sesetengah daripada orang lain memanggil Ustaz Ebit, ketika beliau mebantu mereka yang terkesan akibat PKP yang melanda negara.

Disaat rakyat terkurung, beliau hadir dengan terus tanpa henti menghantar bantuan kepada yang memerlukan.

Beliau juga pernah sampai ke Afrika dan Gaza, Palestin untuk memberikan sumbangan.

Di sini kami kongsikan biodata ringkas figura yang bernama Ebit Lew ini.

Biodata Ebit Lew

Nama: Ebit Lew
Nama Penuh: Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew.
Pendidikan : Universiti Putra Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan).
Umur: 36 tahun (2021)
Tarikh lahir: 21 Disember 1984
Isteri: Mempunyai seorang isteri.
Anak: 4 orang cahaya mata

Perniagaan Ebit Lew

Ebit Lew mempunyai pelbagai cabang perniaagaan antaranya adalah:

  • Training daan ceramah motivasi.
  • Restoran
  • Pasaraya
  • Content creator di Youtube dan Facebook.

Adakah Ebit Lew Muallaf?

Ramai yang tertanya sama ada Ebit Lew adalah mualaf atau bukan. Mengikut apa yang kami baca, beliau adalah Islam sejak lahir, namun mula mendekat dan mengenali islam dengan lebih mendalam ketika umur 12 tahun.

Ebit Lew: Biodata, Asal Usul, dan Siapakah Ebit Pendakwah Islam 2
dumber dari Bharian

Semoga Biodata Ringkas ini dapat membantu anda mengenai Ebit Lew.