Bantuan Kemasukan Anak ke Taska RM100 di Selangor Tahun 2023

Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi bantuan sekali bayar RM100 kepada ibu bapa yang mempunyai anak berumur empat tahun ke bawah untuk kemasukan ke taska atau nurseri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan pendaftaran tahunan untuk golongan berpendapatan sederhana (M40) melibatkan dana keseluruhan sebanyak RM500,000.

“Menyedari kos sara hidup yang juga ditanggung kaum ibu daripada golongan M40 dalam era selepas pandemik lalu, Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan bantuan pendaftaran tahunan anak-anak ke taska atau nurseri.

anak-anak taska sedang belajar bersama cikgu mereka di sebuah taksa di Selangor.
Bantuan Kemasukan Anak ke Taska RM100 di Selangor Tahun 2023 3

Bantuan RM100 Sekali bayar Murid taska

Bantuan sekali bayar sebanyak RM100 (dibayar) bagi setiap anak berumur empat tahun ke bawah dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM500,000,” kata beliau dalam pembentangan Belanjawan 2023.

Beliau menyatakan Kerajaan Negeri turut meluluskan untuk meneruskan program Asuh Pintar, yang menyediakan inisiatif jagaan kanak-kanak di taska melalui bantuan yuran bulanan RM100 sebulan.

Menurut Amirudin, kelebihan itu dikhaskan untuk anak empat tahun ke bawah dari keluarga golongan berpendapatan rendah (B40) dengan peruntukan keseluruhan RM600,000.

Sementara itu, Amirudin menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT) menambah kemudahan asas mesra orang kelainan upaya (OKU) menggunakan dana keseluruhan hasil mereka.

“Kemudahan ini boleh diberikan di bangunan PBT sendiri untuk menyenangkan urusan penyampaian perkhidmatan kepada golongan OKU dan di kawasan umum pentadbiran PBT,” katanya.

Semua bantuan ini hanya tersedia buat mereka yang menetap dan bermastautin di Selangor.