Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim telah mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3. Menurut beliau, pembayaran akan dibayar sebelu hari raya aidil adha menjelma. Ini bermaksud ianya akan dibayar sebelum tarikh 29 Jun 2023.
Untuk makluman, golongan bujang turut menerima bayaran pada fasa 3 ini. Berikut kami kongsikan jumlah bayaran yang akan diterima oleh golongan bujang.
Golongan bujang terdiri daripada dua kategori iaitu;
- Bujang berumur 21 – 59 tahun
- Bujang OKU berumur 19 – 59 tahun
Jumlah pembayaran STR Fasa 3 Bujang 2023
Anda boleh lihat jadual yang tertera seperti di bawah:
Kategori Penerima | Umur | Pendapatan Bulanan (RM) | Fasa 3 (Jun-23) (RM) |
---|---|---|---|
Bujang | 21-59 tahun | ≤ 2,500 | 150 |
Bujang OKU | 19-59 tahun | ≤ 2,500 | 150 |
Sila ambil perhatian bahawa jumlah ini adalah untuk Fasa 3 sahaja. Jumlah bayaran keseluruhan untuk tahun 2023 adalah RM350 untuk kedua-dua kategori.
Selamat menikmati pembayaran STR fasa 3 bujang. Semoga wang yang diterima dapat digunakan ke arah kebaikan.