Semakan Pencen: Penyata Bayaran & Permohonan Persaraan 2022

Setiap pesara kerajaan akan menerima beberapa kemudahan antaranya adalah bayaran pencen.

Sebelum menerima bayaran pencen ini, permohonan persaraan anda mestilah telah diluluskan.

Di sini kami kongsikan cara untuk membuat semakan permohonan persaraan bagi tahun 2022. Selain itu kami kongsikan juga semakan penyata bayaran pencen bagi mereka yang telah lulus dan sah sebagai kakitangan pencen.

Semakan Penyata Bayaran Pencen

Untuk membuat semakan penyata bayaran pencen, anda boleh layari laman web berikut: https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran

semakan penyata pencen

Masukkan nombor kad pengenalan anda dan juga no akaun pencen.

Bagi mengetahui dan cara semak no akaun pencen, anda boleh semak dahulu status permohonan persaraan anda dan nombor akaun pencen akan dinyatakan.

Semakan Status Permohonan Persaraan

Semakan status persaraan pula boleh dibuat dengan layari laman web https://apps.jpapencen.gov.my/semakanstatuspermohonan

semakan status persaraan

Anda cuma perlu membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan klik hantar.

Maklumat status permohonan anda akan dipaparkan.

Kami mengucapkan selamat bersara kepada semua kakitangan yang telah bersara dan juga akan bersara tidak lama lagi.

Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info lain serta bantuan yang ada di Malaysia.

Bagaimana cara semakan status permohonan persaraan?

Layari laman web yang tertera di dalam artikel ini.

Bagaimana cara semakan penyata akaun pencen?

Layari aplikasi di bawah jpapencen.