Cara Semakan Bil TNB Online (Aplikasi MYTNB & Portal Khas )

Posted on

semakan bil tnb online

Informasi

Adakah anda merupakan pelanggan ataupun pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kini bil TNB boleh disemak secara atas talian melalui portal TNB dan juga aplikasi myTNB.

Di sini kami kongsikan bagaimana anda boleh membuat semakan bil TNB secara online.

Selain membuat semakan, anda juga boleh terus membuat pelunasan bil secara atas talian.

Cara Semak Bil TNB Online

Semakan melalui Portal myTNB

TNB telah menaitaraf portal mereka dengan membolehkan anda untuk terus semak bil anda mengikut bulan yang dikehendaki.

Semakanan bil TNB boleh dibuat dengan melayari portal https://mytnb.com.my

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Jika anda tiada akaun, daftar dahulu dengan klik Register Now.
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan di dalam borang online yang tersedia.
semakan bil tnb
Cara Semakan Bil TNB Online (Aplikasi MYTNB & Portal Khas ) 4

Klik register for myTNB account.

Setelah selesai untuk daftar, anda bolehlah log masuk seperti biasa.

Masukkan email dan kata laluan yang anda gunakan ketika mendaftar tadi.

login mytnb
Cara Semakan Bil TNB Online (Aplikasi MYTNB & Portal Khas ) 5

Selepas anda berjaya log masuk, semua maklumat berkenaan bil anda akan dipaparkan mengikut bulan dan dalam bentuk graf.

Selain membuat semakan menggunakan portal mytnb, anda juga boleh gunakan aplikasi myTNB.

Semakan Melalui aplikasi myTNB

Ianya lebih mudah lagi, kini TNB menyediakan aplikasi khas untuk pengguna Android dan iOS.

Download dan pasang aplikasi ini di telefon pintar anda untuk membuat semakan bil tnb.

Selepas berjaya memasang aplikasi ini, anda login jika telah pernah mendaftar. Jika belum, register dengan memasukkan no kad pengenalan dan no telefon.

Selepas itu, masukkan PIN yang dihantar ke telefon anda.

aplikasi mytnb
Cara Semakan Bil TNB Online (Aplikasi MYTNB & Portal Khas ) 6

Selain itu, anda boleh terus membuat pembayaran secara online untuk bil anda ini.

Berapa lama perlu membuat pembayaran selepas menerima bil?

Pembayaran perlu dibuat 30 hari selepas bil dikeluarkan.

Bolehkah saya membayar bil secara ansuran?

Tidak dibenarkan. Pembayaran mesti dibayar secara penuh.

Saya adalah pengguna Remote Meter Reading(RMR). Akan tetapi saya belum menerima bil.

Untuk pengetahuan, pengguna RMR akan menerima bil melalui emel atau pos.

Nombor manakah saya boleh dihubungi untuk bercakap dengan TNB?

TNB Careline di 1300 88 5454

Tags:

bantuan terkini