Tambang Percuma RapidKL & KTMB : Perkhidmatan Percuma Selama Sebulan

Tambang Percuma RapidKL & KTMB. Sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa 1. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua pengangkutan awam sama dibawah RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel bas RapidKL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lembah Klang ditawarkan tambang percuma selama sebulan.

Menerusi subsidi tambang percuma ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM155 juta bagi untuk pelaksanaannya selama 1 bulan. Langkah ini juga dibuat adalah meringankan beban kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan, dan kos sara hidup meningkat.

Tambang Percuma RapidKL & KTMB : Perkhidmatan Percuma Selama Sebulan 3
Tambang Percuma RapidKL & KTMB : Perkhidmatan Percuma Selama Sebulan 6

Tarikh Tambang Percuma RapidKL & KTMB

Tarikh untuk tambang percuma RapidKL & KTMB ini bermula adalah pada 16 Jun 2022 hingga 15 Julai 2022.

RapidKL & KTMB 2022
Tambang Percuma RapidKL & KTMB : Perkhidmatan Percuma Selama Sebulan 7

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 adalah sepanjang 17.5 kilometer membabitkan 12 stesen, termasuk tiga yang ditukarkan daripada MRT Laluan Kajang dengan tempoh perjalan selama 24 minit.

Sebanyak 9 stesen baharu yang dibuka iaitu :

  • Damansara Damai
  • Sri Damansara Barat
  • Sri Damansara Sentral
  • Sri Damansara Timur
  • Kepong Baru
  • Sri Delima
  • Metro Prima
  • Jinjang
  • Kampung Batu

Jajaran ini turut mengetengahkan empat stesen pertukaran iaitu di :

  • Kwasa Damansara (dengan MRT Laluan Kajang)
  • Sungai Buloh
  • Kampung Batu (dengan KTM)
  • Sri Damansara Timur (dengan Stesen KTM Kepong Sentral).

Selain itu, bas perantara dan bas GoKL juga akan disediakan di stesen bagi menyumbangkan destinasi pertama dan terakhir.

Perkhidmatan RapidKL & KTMB Lembah Klang

Selain perkhidmatan RapidKL, pengguna perkhidmatan KTMB juga akan menikmati tambang percuma.

Tambang percuma ini adalah bagi perkhidmatan RapidKL seperti yang dinyatakan di atas dan juga perkhidmatan KTMB bagi jajaran Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang dan Batu Caves ke Pulau Sebang Tampin.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Tambang Percuma RapidKL & KTMB, anda boleh layari pautan ini = https://myrapid.com.my/