Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar IPT yang berada pada keluarga golongan B40 akan menerima manfaat daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Bantuan ini akan diberikan kepada 320,396 pelajar yang layak. Jumlah bantuan ini adalah sebanyak RM24 juta.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datu Dr Noraini Ahmad.
KPT akan berkerjasama dengan syarikat telekomunikasi YTL untuk memberikan kad sim percuma dengan pelan data percuma di dalamnya.
artikel lain: Bantuan Prihatin Rakyat- BPR
Kad sim ini akan diagihkan kepada 225,784 pelajar IPT yang layak.
Manakala, bagi jumlah selebihnya pula akan diberikan wang tunai bagi kegunaan membeli pelan data masing-masing.
Komputer Riba Percuma
Bagi komputer riba percuma pula, ianya akan diberikan kepada 8,965 orang yang layak mengikut syarat yang ditetapkan.
Bantuan RM50
Selain itu, bantuan RM50 akan diberikan kepada setiap pelajar / murid sesi 2020/2021. Bantuan wang itu diberikan atas dasar inisiatfi membantu pelajar mengikut kelas secara atas talian.
Untuk pengetahuan, setiap syarikat telekomunikasi mempunyai pekar pelajar mereka sendiri. Boleh lihat gambar infografik di bawah ini.
Baca: eGumis: Semakan Wang Tak Dituntut
Pakej Pelan Data Pelajar Dari Maxis, Digi, Umobile, Celcom
Boleh lihat pakej data yang tertera di bawah ini bagi setiap syarikat telekomunikasi.
Unifi
Hotlink /Maxis
Digi
Celcom
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan bantuan dan untuk maklumat lanjut boleh layari : www.mohe.gov.my
Berapakah jumlah laptop / komputer riba akan diagihkan?
Sebanyak 8965 buah.
Berapakah nilai bantuan bagi pelajar baharu sesi 2020/2021?
RM50
Bilakah bantuan ini akan diberikan?
Akan diberikan secepat mungkin.