Permohonan Penyambungan Bantuan Sewa Rumah Asnaf Lembaga Zakat Selangor

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah memperkenalkan proses pengesahan penyambungan bantuan sewa rumah bagi asnaf fakir, miskin dan muallaf melalui kaedah pengesahan dan semakan profil asnaf secara atas talian.

Objektif Utama

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

  • Mengurangi pergerakan fizikal asnaf dan penggunaan borang secara fizikal
  • Meningkatkan pengurusan yang lebih sistematik dan efektif sesuai dengan situasi semasa
  • Merancang, menyelaras dan mengurus proses penyambungan sewa rumah dengan lebih efisien
  • Meningkatkan proses semakan dan pengesahan yang dapat dilaksanakan secara langsung di peringkat operasi daerah

Situasi Pengesahan Penyambungan Sewa Rumah Secara Atas Talian

  1. Jika anda masih tinggal di rumah yang sama dan tidak ada perubahan, anda hanya memerlukan dokumen sokongan minimum.
  2. Jika anda masih tinggal di rumah yang sama tetapi ada perubahan informasi sewa seperti metode pembayaran atau perubahan nomor akun pemilik rumah atau tarif sewa bulanan, anda memerlukan dokumen sokongan utama.
  3. Jika anda telah pindah rumah atau mendapatkan rumah sewa baru atau rumah sewa sama tetapi bertukar pemilik, anda memerlukan dokumen sokongan utama.

Keperluan Dokumen

Dokumen minimum hanya diperlukan jika pemohon masih tinggal di rumah yang sama dan tidak ada perubahan informasi sewa rumah. Dokumen sokongan utama yang diperlukan adalah:

  • Salinan perjanjian sewa rumah/ dokumen yang berkaitan dengan pemilik bilik/rumah sewa.
  • Salinan kad pengenalan pemilik rumah/Salinan dokumen sewa rumah.
  • Salinan butiran akaun bank pemilik rumah.
  • Salinan bil utiliti (Elektrik/ cukai/ air) rumah yang disewakan.

Soalan Lazim (FAQ)

  1. Apakah yang dimaksudkan penyambungan semula bantuan sewa rumah?
    • Penyambungan bantuan sewa rumah adalah proses kemaskini maklumat sewaan rumah asnaf bagi tahun 2023 merangkumi perkara berikut: Kadar sewaan semasa, Maklumat pemilik rumah, Kaedah bayaran sewa.
  2. Berapa lama tempoh kemaskini maklumat bantuan sewa rumah di buat, ada tarikh tutup?
    • Tempoh kemaskini maklumat bantuan sewa rumah adalah sehingga 21 Nov 2022 (32 hari).
  3. Saya masih asnaf, kenapa saya tidak mendapat sms dari zakat?
    • Penyambungan semula bantuan sewa rumah hanya dihantar kepada mereka yang telah ditapis dan disahkan perlu pengemaskinian maklumat sewa rumah sahaja.
  4. Berapa tahun sekali penyambungan bantuan sewa rumah perlu dibuat?
  • Penyambungan semula bantuan sewa rumah perlu dibuat setahun sekali.
  1. Saya terpadam link yang zakat bagi, bagaimana untuk mendapatkan semula link bagi daftar semak penyambungan semula bantuan sewa rumah ?
    • Talian Zakat Selangor : 1300-88-4343
    • Emel : [email protected]
    • Penolong Amil Kariah (PAK)
    • Cawangan Zakat Selangor yang berhampiran
  2. Saya mendapat SMS dari zakat, tetapi telefon saya tidak boleh digunakan untuk muatnaik dokumen. Apa perlu saya lakukan?
    • Penolong Amil Kariah (PAK)
    • Cawangan Zakat Selangor yang berhampiran
  3. Saya telah kemaskini maklumat dalam portal. Berapa lama tempoh untuk saya mengetahui status kelulusan?
    • Semakan status penyambungan bantuan sewa rumah bermula 01 Januari 2023.
  4. Bagaimanakah semakan status kemaskini boleh saya ketahui? Adakah sebarang maklumbalas yang akan diberikan berkaitan status semakan?
    • Talian Zakat Selangor : 1300-88-4343
    • Emel : [email protected]
    • Sistem eZAKAT ONLINE
    • Aplikasi Zakat Selangor di Smartphone
    • Penolong Amil Kariah (PAK)
    • Cawangan Zakat Selangor yang berhampiran
  5. Adakah dokumen yang saya muatnaik dalam portal perlu disahkan terlebih dahulu oleh nazir/amil/ketua penduduk ditempat saya tinggal?
    • Tidak perlu pengesahan dokumen
  6. Saya telah memuatnaik dokumen dalam portal zakat. Adakah dokumen fizikal perlu dihantar juga ke zakat?
    • Tidak perlu hantar dokumen fizikal
  7. Jika penyambungan semula bantuan sewa rumah saya gagal, adakah saya boleh membuat permohonan semula dan dimana saya boleh berurusan?
    • Boleh. Permohonan semula bantuan boleh dibuat melalui Penolong Amil Kariah (PAK), Cawangan Zakat.
  8. Sekiranya saya mempunyai pertanyaan, dimanakah perlu saya rujuk?
    • Talian Zakat Selangor : 1300-88-4343
    • Emel : [email protected]
    • Penolong Amil Kariah (PAK)
    • Cawangan Zakat Selangor yang berhampiran

Muat Turun Borang Sokongan

BilBorangMuat Turun
1BORANG MAKLUMAT SEWA RUMAHMuat Turun Borang

Peringatan

  • Pengesahan secara atas talian adalah sah dan diperakui untuk proses penyambungan. Sebarang pindaan selepas menghantar dokumen online, sila rujuk pihak LZS.
  • Kegagalan anda melengkapkan proses penyambungan dianggap tidak berminat dengan bantuan sewa rumah tahun 2023.