Kronologi Kes Pertama Omicron di Malaysia

Disaat dunia dihantui dengan varian baharu Covid-19, kini varian Omicron dilaporkan telah tiba di Malaysia.

Ianya dikesan daripada seorang pelajar yang berusia 19 tahun di Ipoh, Perak.

Dikatakan pelajar berkenaan mempunyai sejarah perjalanan dari Afrika Selatan.

Pelajar tersebut tiba dari Afrika Seltan melalui Singapore pada 19 November yang lalu, kemudian beliau menjani ujian Rt-PCR di KLIA.

Pada 20 November , ujian calitan menunjukkan positif dengan CT valuE 26.68.

Setibanya di KLIA , bas milik Universiti Swasta pelajar berkenaan ditugaskan untuk mengambil untuk perjalanan balik ke Ipoh.

Pelajar ini telah menjalani kaurantin wajib dan dilaporan memathui semua SOP yang ditetapkan.

Tempoh kuarantin juga telah tamat pada 29 November lalu.

Seramai 5 orang yang turut menemani pelajar berkenaan di dalam bas dilaporkan negatif dalam ujian yang dijalankan.