Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang memiliki pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000. Inisiatif kredit eTunai ni dijangka dapat membantu lebih dari 10 juta rakyat yang berusia 21 tahun ke atas, termasuk golongan B40 dan M40.
Keputusan untuk memberikan kredit e-tunai kepada golongan dewasa ini diumumkan setelah melihat kejayaan dan impak yang positif daripada program e-tunai sebelum ini ke atas masyarakat.
Syarat Menjadi Penerima
- Rakyat Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun.
Berikut adalah beberapa butir penting berkenaan inisiatif kredit e-tunai RM100:
- Nama Program: Kredit E-Tunai RM100
- Objektif: Memberikan bantuan kewangan kepada rakyat dewasa dengan pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000
- Peserta yang Layak: Semua rakyat dewasa Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Jumlah Penerima Manfaat: Dijangka lebih dari 10 juta rakyat dari golongan B40 dan M40
- Peruntukan Dana: Sekitar RM1 bilion
Permohonan e-Tunai RM100
Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai pemberian RM100 e-Tunai ini, adakah permohonan perlu dibuat ataupun kerajaan akan menggunakan data daripada kementerian lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri. Maklumat lanjut akan kami kemasikini di sini.
Tarikh Pembayaran
Kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran eTunai RM100 ini akan mula diagihkan pada suku ke-empat tahun 2023.Ini bermakna, penerima akan mula menikmati bantuan ini pada bulan Oktober-Disember. Bagaimanapun, belum ada tarikh rasmi bila pembayaran dibuat.