i-Sinar: Jenis Dokumen, Tarikh penting & Soalan Lazim Permohonan

Permohonan i Sinar bagi kategori 2 telah pun dibuka pada 11 Januari 2021. Namun, pelbagai persoalan yang timbul mengenai prosedur permohonan , terutamanya berkenaan dokumen sokongan.

Ini kerana bagi kategori 2, permohonan perlu disertakan sekali dengan dokumen sokongan.

Oleh itu, di sini kami kongsikan soalan Lazim FAQ yang kerap ditanya orang ramai.

artikel lain : Bantuan Prihatin Nasional (BPN) & BPR

Siapakah Yang Boleh Mohon i Sinar Kategori 2

Kategori 2 khas untuk pencarum yang masih belum mencapai umur 55 tahun, akan tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan 30% dan ke atas. Pengurangan ini dikira termasuklah jumlah gaji, elaun, dan OT sejak tarikh 1 Mac 2020.

Apakah jenis dokumen diperlukan Untuk i-Sinar Kategori 2

Antara dokumen yang boleh dijadikan sokongan adalah;

senarai dokumen

Bagi sektor tidak formasl seperti berkerja sendiri (peghantae makanan, e hailng, freelance,dll) dokumen berikut boleh digunakan sebagai bukti.

  • Penyata bank menunjukkan sebelum dan selepas pendapatan terjejas.

Sebagai contoh:

dokumen kerja sendiri

Bilakah tarikh akhir memuat naik / mengemukakan dokumen

Pemohon perlulah menghantar dokumen ini sebelum 30 Jun 2021, ini bagi memudahkan proses permohonan.

Apakah sebab saya diminta untuk memuat naik semula dokumen yang dihantar?

Berkemungkinan dokumen yang dihantar tersebut adalah;

  • tidak jelas tulisan dan butirannya.
  • tidak lengkap
  • tidak berkaitan

Bolehkah menghantar dokumen terus ke pejabat KWSP?

Boleh, akan tetapi anda perlu membuat temujanji dengan KWSP dahulu: KLIK SINI.

Apakah nombor KWSP yang boleh dihubungi untuk pertanyaan mengenai iSinar?

Hubungi : 03 – 8922 4848.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.